Rabu, 5 Disember 2012

Garlic Bread



assalamualaikum & selamat petang.., apa  menu utk mkan petang ni..,saya cuma buat garlic bread yg simple je.., ikut bahan2 yg dah ada kat dapur je.. ^__^ . jom layan...


Bahan2 :
2 keping roti gardenia
2 sudu besar butter / majerin
1 ulas bawang putih -- dicincang halus
1 btg daun pasli -- dipotong halus2


Cara2 :
1) Campurkan butter dgn bawang putih yg telah dicincang dan daun pasli yg telah dipotong halus.,gaul hingga sebati.
2) Sapukan pada roti., kemudian bakar hingga garing ( saya bakar pada suhu 170oC selama 10 minit ) ok.., dah siap.... ^__^
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kue Teaw Ladna




Bahan2 :
1 peket kue teaw
2 sudu kicap manis
Sedikit isi ayam
2 ekor sotong - dipotong bulat
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 btg carot
1 btg putik jagung
1 btg sawi
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
1 sudu tepung jagung
Air secukupnya


Cara2 :
1) Panaskan minyak dalam kuali., goreng kue teaw bersama kicap manis.,kacau hingga sebati.., angkat dan ketepikan.
2) Panaskan minyak lagi..,tumis bawang putih hingga kekuningan., masukkan isi ayam, kacau2 sekejap kemudian masukkan sotong.
3) kemudian masukkan sos tiram., air dan kiub pati ayam., biar hingga mendidih., masukkan carot dan putik jagung., bila dah empuk masukkan sayur sawi., biarkan sekejap.., kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau hingga sebati., biarkan mendidih sekejap kemudian bolehlah tutup api.
4) Curahkan kuah keatas kue teaw yg telah digoreng tadi.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 30 November 2012

Kerabu kacang botor











Sedapnya kerabu kacang botor ni., lebih2 lagi kalau yang fresh . menu yg mudah utk disediakan  .  . kacang botor ni saya tanam sendiri kat belakang rumah., pokoknya berbuah lebat . kadang2 sampai kekeringan idea tak tau nak wat masak apa...


Bahan - bahan
10 btg kacang botor
3 biji bawang merah - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - direndam sekejap dan ditumbuk
1 sudu kerisik
5 biji cili padi - ditumbuk
1 biji cili merah - ditumbuk
Sedikit garam
1/2  biji limau nipis

Cara2:
1) Kacang botor dibersihkan dan dipotong nipis2.
2) Tumbuk ikan bilis., cili merah., cili padi dan bawang merah.
3) Masukkan kacang botor kedalam mangkuk., kemudian masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi., garam.,kerisik dan perahan limau nipis., gaul hingga sebati. siap...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 18 November 2012

Ayam goreng berempah 2




Bahan - bahan
7 - 8 ketul ayam
3 btg serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sudu kecil jintan manis - disangai dan ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih - disangai dan ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
sedikit garam
1 tangkai daun kari
Minyak utk menggoreng
* bahan2 bertanda * ditumbuk lumat


Cara2 :
1) Ayam  dicuci bersih dan toskan.
2)  Gaul ayam dgn garam., serbuk kunyit., serbuk cili dan bahan2 yg ditumbuk tadi.., kemudian diperap 2 - 3 jam.
3) Kemudian goreng ayam., bila dah hampir masak.., masukkan daun kari.., goreng hingga ayam masak .. angkat dan toskan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 15 November 2012

Nasi Tomato



Sumber resepi : Choppy @ myresipi

Bahan - bahan
2 cwn beras basmathi
2 biji tomato - dipotong dadu
2 cwn air ( saya lebihkan air lagi 1/2 cwn )
1/2 cwn susu  cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
Sedikit garam
* Bahan tumis*
2 sudu mentega / minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - dihiris
1/4 biji bawang besar - dihiris


* Hiasan*
bawang goreng

Cara - cara
1) Cuci beras., rendam selama 5 - 10 minit . toskan.
2) Panaskan mentega / minyak sapi. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau.
3 ) Massukkan beras., kacau sekejap dalam 1 - 2 minit. Kemudian masukkan sos tomato., tomato., susu., air.,daun pandan dan sedikit garam.
4) Masaklah nasi macam biasa.
5) Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 19 Oktober 2012

Apam Dewa / Baulu Kukus



Sumber Resepi :missayu @ myresipi

Bahan2
6 biji telur
1 1/2 cwn gula
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar sunquick ( utk hilangkan bau hanyir telur )  -- saya gantikan dgn esen durian
Pewarna


Cara2

1) Pukul telur bersama gula dan sunquick sehingga kembang ( putih )
2) Setelah kembang., masukkan  tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
3) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. alaskan loyang dgn plastik kemudian masukkan adunan kedalam loyang secara berselang seli.
4) Kemudian kacaukan sedikit adunan yg didalam loyang  dan  lorekkan  corak diatasnya.
5) Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 14 Oktober 2012

Ikan Goreng Pedas Ala Niara




Sumber Resepi: K.Nor@SecubitGaram  , K. Liza

Bahan2
1 ekor ikan siakap / kerapu / kembung besar - gaul dgn garam dan goreng hingga masak ( saya guna ikan cencaru)
1 btg serai - dihiris
5 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1/2 kiub perencah tomyam ( saya guna 1 sudu tomyam paste )
Sedikit kicap manis
5 biji cili padi - dihiris
2 - 3 sb cili mesin
Sedikit minyak masak
1 biji tomato - dipotong dadu ( yg ni saya tambah )


Cara2:
1) Panaskan minyak bekas gorengan ikan tadi dan masukkan semua bawang dan bahan hiris.,cili mesin dan daun limau purut.
2) Bila dah naik bau., masukkan  perencah tomyam dan sedikit air.
3) Bila dah agak kering., masukkan kicap manis ., tomato dan ikan yg telah digoreng tadi.
4) Gaul sebati dan angkat.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 9 Oktober 2012

Kek Marble Dulu2


Sumber resepi:  norwati@myresipi



Bahan - bahan

3 biji telur gred A
1 cwn majerin
1 cwn gula halus / castor - saya guna 3/4 cwn je
2 cwn tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu makan susu pekat
Sedikit esen vanila
Pewarna ikut suka

Cara2

1) Pukul majerin bersama gula halus hingga kembang .
2) Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan esen vanila dan susu., kacau rata.
4) Masukkan tepung yg sudah diayak bersama baking powder.
5) Sediakan 3 bekas utk dibahagi kepada 3 warna.
6) Panaskan oven selama 10 minit., sementara itu , sapukan loyang dgn majerin dan alaskan kertas minyak.
7) Masukkan adunan mengikut warna satu persatu . Contoh: merah diatasnya., masukkan warna hijau.,masukkan pula warna kuning., buat hingga habis adunan.
8) Bakar dalam oven dgn suhu 150 oC selama 40 minit. ( saya baka pada suhu 160 oC selama 50 minit.,bergantung pada oven masing2 ) .
Published with Blogger-droid 

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kerabu Pucuk Stang



Assalamualaikum...
      Dah agak lama saya tak update blog ni., sejak kebelakangan ni line tenet slow sangat.., ini yg membuatkan mood utk mengapdet blog terbantut. Kali ni saya nak kongsikan satu resepi yg menjadi kegemaran saya sejak dari dulu lagi... kerabu pucuk stang. Sebenarnya pucuk stang ni pemberian kakak saya masa balik kampung baru2 ni. Kalau kat kampong saya di perak memang banyak pucuk stang ni. Disebabkan rasanya yg agak pahit., mungkin ramai yg tidak menggemarinya, tapi bagi saya ia amat sedap kalau kena cara memasaknya. Pucuk stang ni mestilah dicelur terlebih dahulu sebelum dibuat kerabu. Kemudian diperah airnya utk mengurangkan  rasa pahit. Selain dibuat kerabu .,ia juga sedap dibuat ulam cicah dgn sambal goreng cili padi campur dgn ikan bilis...emmm...sedapnya... ^_^  tapi tak dpt nak makan selalu.., bila balik kampong baru boleh jumpa pucuk stang ni... ^_^
       Bestkan duduk kat kampung.., nak makan ulam @ sayur petik je kat belakang rumah... ^_^   ok lah jom kita tengok resepinya.
Bahan - bahan
1 ikat pucuk stang - dicelur sekejap kemudian diperah airnya dan dipotong
3 btg serai - dihiris
1 inci lengkuas - dihiris
3 biji bawang merah @ 1 biji bawang besar - dihiris
7 biji cili padi
3 sudu besar kerisik
1 cwn santan pekat
5 tangkai daun kesum - dihiris
Sedikit belacan
garam secukup rasa
Sedikit jus limau nipis
Cara - cara
1) Tumbuk serai., lengkuas.,cili padi dan belacan., kemudian masukkan dalam pucuk stang yg telah dicelur tadi.., gaul hingga sebati.
2) Kemudian masukkan garam .,bawang merah,daun kesum, kerisik, jus limau nipis  dan santan., gaul hingga sebati.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 21 September 2012

Ikan Singgang Serani


Sumber resepi: Che Mat Gebu


Bahan - bahan
1 ekor ikan tuna/ tongkol putih saiz sederhana- kerat dan cuci bersih
1 biji tomato - dibelah 6
1 btg serai - dititik
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis ( optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai ( saya guna 1 biji cili merah + 5 biji cili padi )
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji

Cara - cara
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali., masukkan  serai dan bahan tumbuk lumat  hingga harum. Tuang air secukupnya., kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugur dan juga kiub ikan bilis ( jika guna )
2 ) Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato ., kacau perlahan dan masak sekejap..  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Biskut Cornflakes Rangup


Sumber resepi: Kak Yatie
Bahan- bahan
250 gm mentega
3/4 cwn gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes ( ramas sikit2 )
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau  - dipotong kecil


1) Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2) Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi., setelah itu masukkan esen vanila.
3) Masukkan tepung naik sendiri  dan cornflakes yg diramas . gaul sebati ., guna senduk kayu je.
4) Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan  dgn potongan ceri merah dan hijau.
5) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 oC selama 15 minit.

Published with Blogger-udroid v2.0.9

Sabtu, 8 September 2012

Kek Coklat Kukus



1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak ( boleh juga guna butter cair )
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara - cara
1) Campurkan gula pasir , serbuk koko., minyak masak, susu cair dan susu pekat manis kedalam periuk., masak sebentar diatas api yg perlahan  sehingga semua bahan larut.
2) Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
3) Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. gaul rata dan campurkan adunan tepung .gaul sebati dan tuang kedalam loyang.
4) Tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama  45 - 60 minit dgn api yg perlahan.
5) Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping .
** Topping **
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn minyak masak
4 - 5 sudu serbuk koko
- masukkan semua bahan dalam periuk., masak diatas api perlahan hingga larut., masak sekejap je.., biarkan sejuk sedikit kemudian curahkan diatas kek tadi...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 8 Ogos 2012

Crystal Ball / Biskut Arab Pelangi


Sumber Resipi : Syahmi @ myresipi.com

Bahan - bahan
250gm tepung gandum
125gm gula halus  ( saya letak 70gm je... )
125gm minyak sapi
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara - cara
1) Gaulkan tepung dengan gula hingga rata.
2) Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh.
3) Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
4) Ambil sedikit doh dari setiap warna., cantumkan dan bentukkan bulat.
5)Masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan . Suhu 160oC selama 15 - 20 minit ( Bergantung pada oven masing2 )
6) bila dah sejuk., taburkan gula kastor diatasnya.


yg ni buat adunan yg kedua....




Cornflakes Coklat


Bahan - bahan
250 gm coklat masakan
200 gm cornflakes
50 gm butter
manik warna warni utk hiasan
paper cup

Cara - cara
1) Cairkan coklat masakan secara double boiler.
2) kemudian masukkan butter., kacau hingga sebati.
3) Masukkan cornflakes kedalamnya  dan gaulkan sehingga rata.
4) Sediakan cwn kertas., ambil sesudu adunan .., masukkan kedalam cwn kertas.
5) Kemudian taburkan manik warna warni.., sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.







Selasa, 7 Ogos 2012

Samperit Susu


 Sumber resepi : zachoes

Bahan - bahan
125 gm susu pekat manis
125 gm butter - suhu bilik
230 gm tepung jagung

Cara - cara
1) Pukul sebati susu pekat manis dan butter. tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.
2) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit  sambil digaul sebati.
3) Picitkan atas dulang yg dialas baking paper.
4) bakar dalam oven yg dipanaskan terlebih dahulu... 170oC selama 12 - 15 minit atau hingga bawah / tepi biskut nampak keperangan.











Ahad, 22 Julai 2012

Agar - agar Santan Pandan


Sumber Resepi : kak yatie

Bahan - bahan
10 gm serbuk agar2 ( saya guna agar - agar tali )
1 cwn gula pasir  ( saya letak 3/4 cwn je.. )
4 cwn air
200 ml santan kotak + 50 ml air
1 biji telur - dipukul dgn santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
Pewarna hijau dan perasa pandan


Cara - cara
1) masak air dgn gula pasir dan daun pandan.
2) Bila gula sudah larut., masukkan serbuk agar2 dan kacau hingga semuanya larut.
3) Kecilkan api., masukkan pewarna hijau dan perasa pandan.
4) Kemudian masukkan campuran santan dgn telur., garam., dan kacau terus hingga mendidih. guna api sederhana je  dan sentiasa dikacau.
5) Bila dah siap., tutup api dan bolehlah dituang kedalam acuan kegemaran.
6) Sejukkan baru dimasukkan dalam peti sejuk.






Rabu, 11 Julai 2012

Red Velvet Cake ( First time buat birthday kek sendiri... hu..hu.. )


Sumber Resepi: kak yatie


Bahan - bahan
5 biji telur gred B
250 gm mentega beku tanpa garam
3 cwn tepung naik sendiri *
3 sudu makan koko vochelle *
2 cwn gula kastor - saya letak 1 1/2 cwn je..
4 sudu makan pewarna red bright - saya letak 2 sudu je..
1 cwn buttermilk -  kalau xde buttermilk boleh tengok resepi kat bawah
1 sudu teh garam - saya tak letak
1 sudu makan bicarbonate of soda - baking powder pun ok
1 sudu makan cuka

Cara - cara
1 ) Panaskan ketuhar 180oC.
2 ) Ayakkan bahan kering * menjadi satu bahagian kedalam mangkuk. ketepikan.
3 ) Pukul mentega dan gula didalam manggkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4 ) Masukkan telur sebiji demi sebiji., perlahan - lahan.
5 ) Dalam manggkuk buttermilk.., campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
6 ) Masukkan tepung dan buttermilk ., berselang seli.,masukkan garam , pukul hingga kembang dan ringan. matikan mesin pengadun.
7 ) Larutkan bicarbonate of soda  / baking powder  dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. kaup dan balik - balikkan hingga sebati.
8 ) Tuang adunan kedalam dulang pembakar  dan bakar hingga kek masak.

NOTA : Guna dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". sujukkan kek kemudian barulah dipotong dua utk mendapat empat lapisan  ( saya buat dua lapisan je... )

KRIM :
500 gm krim keju philadelphia
1 cwn krim putar
sedikit gula icing

1 ) Pukul krim keju hingga lembut., kemudian masukkan krim putar  sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu ( speed mixer medium )
2 ) Campur sedikit butter  ( agak2 )  dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk.

** utk krim saya tak guna resepi ni sebab lupa nak beli krim  putar...hu..hu..

utk krim frosting saya guna resepi dibawah ni :
250 gm cream cheese
30 gm butter
1 sudu besar perahan lemon
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar susu segar
100gm gula aising

NOTA : Buttermilk  - 1 cwn susu segar  +  1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.




















    Sabtu, 7 Julai 2012

    Acar Limau



    Sumber Resepi : hazila

    Bahan - bahan
    8 biji jeruk limau nipis
    5 biji cili merah - dibelah dua
    2 labu bawang besar - dibelah lapan
    10 ulas bawang putih
    3 tangkai daun kari
    5 sudu gula pasir
    4 sudu besar gula merah / gula melaka
    2 cwn buah kering
    3/4 cwn minyak masak
    3/4 cwn cuka
    Garam secukup rasa

    Bahan utk dikisar :
    2 sudu ketumbar
    1 sudu teh jintan putih
    2 sudu teh jintan manis
    20 tangkai cili kering
    2 cm kunyit ( saya guna kunyit serbuk je.. )
    2 cm halia

    Cara Membuatnya:
    1 ) Panaskan minyak., tumis daun kari  dan bahan kisar.
    2 ) Kacau dan biarkan hingga rempah wangi ., kemudian masukkan cuka.
    3 ) Masukkan gula dan garam ., kacau sebentar .. biarkan 10 - 12 minit diatas api yg perlahan. kemudian masukkan limau , bawang besar, bawang putih., cili merah dan buah - buahan kering ., biarkan selama 15 - 20 minit., kacau sebentar.., kemudian bolehlah diangkat

    Utk buat jeruk limau:

    Buah limau dicuci bersih kemudian dibelah empat tapi tak putus. kemudian masukkan garam dicelah - celah belahan limau. kemudian masukkan dalam balang kaca., biar hingga sebulan atau lebih.., baru boleh digunakan. utk cara buat jeruk limau ni saya dpt dari kakbesah myR. Terima kasih pada kakbesah kerana berkongsi cara2 nak buat jeruk limau ni...


    Buah limau dibelah empat.., kemudian masukkan garam dicelah2 belahan buah limau

    masukkan dalam balang kaca.., disimpan selama 1 bulan atau lebih...

     Buah limau yg telah dijeruk selama 1 bulan lebih...








    Khamis, 5 Julai 2012

    Sotong Goreng Berempah




    Bahan:
    500gm sotong
    3 ulas bawang putih ~ dihiris
    1 biji bawang besar ~ dihiris
    1 in halia ~ dihiris
    1 sudu besar cili mesin
    1 sudu besar rempah kari *
    1 sudu kecil serbuk ketumbar *
    1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
    1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
    1 sudu besar sos tiram
    1 sudu besar kicap manis
    1 biji tomato ~ dihiris
    1 tangkai daun kari
    1 biji limau kasturi
    garam
    gula
    minyak
    Cara:
    Bersihkan sotong dan potong. Toskan. ( saya tak potong pun.., masuk sekor2 je sebab sotong ada telur... sayang takut telur dia hancur..hu..hu.. )
    Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
    Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
    Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
    Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
    Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
    Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
    Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
    Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
    Angkat dan hidangkan panas2.


    Isnin, 2 Julai 2012

    Bihun Goreng Udang Kering



    Bahan - bahan
    1/2 peket bihun - direndam
    3 biji bawang merah - ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    3 sudu cili kering yg dikisar
    3 sudu sos cili
    1 sudu sos tiram
    2 pokok sayur sawi - dipotong
    2 biji telur
    3 sudu kicap pekat
    segenggam udang kering - separuhnya ditumbuk
    sedikit garam
    minyak utk menumis
    sedikit daun bawang dan cili merah utk hiasan ( kali ni tak bubuh daun bawang sebab takde stock ...hu,,hu,,)

    Cara - cara
    1 ) Panaskan minyak dalam kuali., tumis bawang merah & bawang putih yg telah ditumbuk hingga sedikit garing., kemudian masukka cili kering yg dikisar. biar hingga  pecah minyak., lepas tu masukkan udang kering.,sos cili., sos tiram., kacau sebati kemudian masukkan telur.., biar seketika agak2 telur sudah masak masukkan sedikit garam., kemudian masukkan bihun .., gaul hingga sebati.
    2 ) Kalau bihun agak keras., masukkan sekdikit air.., gaul2 kan hingga sebati.., bila bihun dah hampir masak ., masukkan sayur sawi dan gaul2 kan., biarkan sekejap agak2 sawi dah hampir layu .., tutup api. angkat dan hidangkan. bolehlah ditaburkan dgn daun bawang dan cili merah yg telah dihiris.

    Ahad, 17 Jun 2012

    Kerabu Sardin Ulam Raja



    Sumber Resepi : kakbesah @MyR

    Bahan-bahan ( semangkuk besar )

    • 1 tin sardin(425g) - dibuang sosnya
    • 2 kuntum bunga kantan             
    • 1 bj bawang besar (besar punyer!)
    • 15 biji cili api kampung (akk pilih yg agk muda agar biji mdh hncur dikunyah)
    • 1cm halia muda (jika halia tua je yg ada, baik xpyah letak, tiada paksaan ok) ( yg ni saya tak bubuh )            
    • secekak pucuk ulam raja
    • 2 sudu mkn atau lebih air perahan lemon@limau nipis@ limau kasturi
    • jika rasa ada kureng.. bubuh la secubit dua serbuk pati bilis@kiub ikn bilis
    • garam secukup rasa & secubit gula utk seimbangkan rasa

    Cara-cara

    1. basuh ulam raja. jika beli di pasar rendam lh dgn air garam 5 mnt. basmi kuman. ye la kita x tau kn tahap kebersihannye. takut ditanam di tempat2 'strategik'. akk punye dijamin halalantoiyyiban..hehe.. insyaAllah...
    2. toskan ulam raja, pastu hiris. ni pun ikut kesukaan memasing, ada yg suka kasar ada yg suka halus. akk kne hiris halus sbb... ala..fhm2 jer la..hehe.. - ketepikn dulu.
    3. hiris halus, cili api, bunga kantan & halia muda. halus2 tau..               
    4. hiris kasar bawang besar/ potong dadu.
    5. yea!..skarang tibalah masa pling sronok.. menggaul rata semua bahan2 hiris dlm sebuah mangkuk besar, kenudian campurkan ikan sardin sambil dipecah2kan. tambah garam, gula & jus limau. gaul rata2.
    6. last sekali masukkan ulam raja. gaul rata2.. smbil tu suaikn lah asam garamnyer, tmbahla apa yg patut..               

                                                             

     


    Sabtu, 16 Jun 2012

    KEK PISANG


    Sumber Resepi : Dari Dapur Ct


    Bahan -bahan
    2 cwn tepung naik sendiri
    1/2 sudu teh soda bikarbonat
    3/4 cwn gula kastor
    2 biji telor
    1 1/2 cwn pisang emas - dilenyek
    1/2 cwn minyak masak ( boleh juga guna butter cair )
    sedikit esen pisang ( saya tak letak sebab takde )
    50 gm coklat urai ( yg ni pun tak letak sebab xde...hu..hu.. )

    Cara - cara
    1 ) Pukul telur dan gula hingga kembang.
    2 ) Kemudian masukkan pisang yg di lecek halus dan  esen pisang.
    3) Masukkan minyak masak / butter cair.
    4) Akhir sekali masukkan tepung dan soda bikarbonat.
    5) bakar / kukus selama 1 jam atau sehingga masak. ( saya bakar pada suhu 170 oC selama 50 minit.., bergantung pada oven masing2 )

    Rabu, 13 Jun 2012

    Ayam Masak Hitam

    Assalamualaikum.., slmt petang.... dah agak lama saya tak updet blog ni  , maklum la kadang2 virus  m dtg  he..he..,  mcm la ada org yang nak baca. petang ni saya nak share kan satu resepi yg sngt sedap pada saya lah..., ayam masak hitam.. menu mkan tngahari tadi. selalunya saya buat daging masak hitam.., tapi kali ni tukar lah pulak guna ayam pulak. lagipun bnyak stok ayam kat dalam peti ais. ayam dapat free.., pemberian kawan encik hubby yg berniaga ayam. Ahamdulillah...., ok lah jom kita tengok resepinya...


    Bahan - bahan
    5 - 6 ketul ayam - dibersihkan., digaul garam dan kunyit., kemudian goreng separuh masak.
    1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lagi ditumbuk
    2 ulas bawang putih - ditumbuk
    1 inci halia - ditumbuk
    5 sudu besar cili kisar
    3 sudu besar kicap pekat masin
    5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah kalau rasa kurang hitam tu tambah lagi...
    sedikit gula dan serbuk perasa
    garam secukup rasa
    minyak utk menumis
    1 sudu teh jintan manis - ditumbuk
    1 sudu teh lada hitam - ditumbuk
    1 btg kulit kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    3 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga

    Cara - cara
    1 ) Ayam dibersihkan , digaul dgn garam dan serbuk kunyit., kemudian digoreng separuh masak. angkat dan ketepikan.
    2 ) Tumbuk bawang besar., bawang putih dan halia.
    3 ) Panaskan minyak dalam kuali.., tumis bawang besar yg dihiris., kulit kayu manis, bunga cengkih., bunga lawang dan buah pelaga.., kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yg telah ditumbuk ., biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis dan lada hitam., kicap masin dan kicap manis. biar hingga terbit minyak.
    4 ) Kemudian masukkan sedikit air.., biar hingga mendidih .., masukkan sedikit garam., gula dan serbuk perasa. lepas tu masukkan ayam yg telah di goreng tadi. masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk., ok dah siap.... selamat mencuba.


    Jumaat, 1 Jun 2012

    Sambal Tumbuk Ikan Goreng


    Sumber resepi : kak besah @myR


    Bahan-bahan ( sorang2 pn blh habis )
    • 2 ekor ikan @ sepotong ikan goreng - ambil isinya (ikn apa pn blh)
    • 4 ulas bawang putih
    • 12 tangkai cili api kampung
    • 1 tangkai cili merah (yg ni akk xbubuh sbb xde)
    • 1 biji limau kasturi(besar) @ 1/2 biji limau nipis @ sesudu besar perahan lemon @ 1 sudu teh pes asam jawa.
    • garam secukup rasa & secubit gula jika terlalu pds
    Cara-cara
    1. tumbuk cili2 & bawang putih hingga hancur.
    2. masukkan isi ikan goreng, garam & sedikiiit gula. tumbuk pecah2 sj. kaut ke dalam mangkuk lalu campurkan perahan limau. kacau rata2 & suaikan rasanye.
    3. siapp! blehlah dimkn dgn nasi putih brsama sayur goreng @ dgn bubur nasi espress pon nikmat sgt rasanyer..hehe..insyaallah

    Khamis, 31 Mei 2012

    Ikan Bakar Portugis



    Sumber Resepi: Che Mat Gebu

    Bahan - bahan
    3 ekor ikan cencaru  (saya guna ikan kembung )
    3 helai daun limau purut - dihiris halus (saya tak letak sebab takde stok..hu..hu.. )
    3 camca besar minyak bawang putih ( Resepi dibawah )
    3 camca besar cili kisar
    1 camca teh gula
    1 1/2 camca teh garam
    Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

    Bahan2 kisar halus :
    2 biji buah keras
    6 biji bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1 btg serai
    1 keping hirisan lengkuas

    Bahan minyak bawang putih :
    1/2 cwn minyak masak ( saya kurangkan.., letak 5 sudu je... )
    6 ulas bawang putih  - ditumbuk ( saya letak 3 ulas je... )

    Cara membuatnya :
    1 ) Untuk minyak bawang putih : Panaskan minyak dgn api perlahan., masukkan bawang putih dan goreng garing. matikan api dan alih minyak dlm bekas. sejukkan .
    2 ) Ikan dibersihkan., dikelar2 dan diperap dgn jus lemon dan garam 10 minit. cuci dan toskan. campur semua bahan2 kisar bersama garam ., gula dan cili kisar., gaul rata.
    3 ) Letakkan seekor ikan diatas daun pisang .., lumur rata dgn bahan2 kisar ., tabur hirisan daun limau purut  dan tuang sedikit minyak bawang putih. balut dgn aluminium foil dan bakar hingga masak.
    4 ) Boleh juga dihidangkan bersama lada kicap jika suka.

    Sabtu, 26 Mei 2012

    KEK MARBLE SUSU







    Sumber Resepi :Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

    Bahan - bahan

    250 gm mentega
    230 gm gula halus
    2 camca teh ovallette
    4 biji telur gred A
    270 gm tepung halus *
    1 camca teh baking powder * ( * disatukan dan diayak )
    60 gm susu pekat manis
    2 camca besar serbuk koko
    2 camca besar susu cair
    1 camca teh coklat emulco

    1) Pukul mentega , ovallette dan gula halus hingga putih. masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.  masukkan susu pekat dan gaul rata.
    2 ) perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis., gaul rata. bahagi adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak. satu dibiarkan tanpa warna  dan satu bahagian dicampur dgn susu cair ., serbuk koko dan coklat emulco. gaul hingga sebati.
    3 ) Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yg telah dilenser dgn mentega dan dasarnya dialas dgn kertas minyak. kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
    4 ) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175oC selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin.  Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.






    Jumaat, 18 Mei 2012

    Puding Kasih Bertaut

    Assalamualaikum..., slmt pagi... dah agak lama saya tak update blog ni...hmm... dah seminggu lebih saya tak berapa sihat.,  batuk & sakit tekak tu yang tak berapa rajin nak berblogging tu...hari ni baru la rasa sihat sikit... Alhamdulillah..,hari ni saya nak share resepi puding kasih bertaut yg saya buat utk buka puasa semalam. saya tengok dah ramai rakan2 blogger dah buat puding ni...,rasanya memang sedap.., apa lagi setelah sepanjang hari menahan lapar & dahaga.., bila dpt makan puding ni...emmm...nyamannya rasa....hehehe..,
           Resepi ni saya ambil dari blog Ros jintan manis. Izinkan saya share kat sini pulak ye.., manalah tahu kan kalau2 ada rakan2 yg belum pernah mencuba boleh lah cuba ye.., lagi  pun dah dekat nak bulan puasa nanti bolehla buat utk buka puasa..., ok jom kita tengok resepinya....

    Bahan - bahan
    Bahan A
    1/2 peket / 2 tsp serbuk agar2 ( saya guna agar2 yg bertali tu 1/2 peket ).
    300 ml air  ( saya lebihkan sikit air sebab taknak keras sngt )
    200 ml santan
    1/2 cawan gula
    1 biji telur ( saya tak bubuh pun )
    2 atau 3 jenis pewarna dan perisa ( kalau tak nak perisa pun takpe just pewarna )

    Cara - cara
    1) Masukkan serbuk agar2 gula dan air kedalam periuk dan masak hingga gula dan agar2 larut.
    2) Pecahkan telur kedalam santan dan kocok sikit dgn garfu. Tuang kedalam periuk berisi larutan agar2 tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih., setelah mendidih.., tutup api.
    3) bahagi larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan kedalam mould yg anda suka.  biarkan ia keras didalam peti ais.
    4) Setelah keras., keluarkan agar2 dari mould atau, kalau guna bekas yg besar sebagai mould tadi., potong agar2 menjadi kiub2 kecil dan masukkan semua agar2 ini kedalam satu bekas lain yg lebih besar.

    Bahan B
    1 peket agar2 10 gm
    1 liter air
    1/2 cawan gula pasir
    100 gm gula melaka
    2 helai daun pandan  - disimpulkan

    -Masukkan semua bahan2 diatas kedalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapiskan larutan agar2.

    Cara menyediakan puding:
    -Tuang larutan agar2 B kedalam bekas yg berisi semua agar2 A / kiub2 agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan kedalam peti ais.



    nyum...nyum...






    saya guna acuan coklat utk agar2 kecil2 ( bahan A )



    yang ni guna acuan coklat bentuk love....