Khamis, 15 November 2012

Nasi Tomato



Sumber resepi : Choppy @ myresipi

Bahan - bahan
2 cwn beras basmathi
2 biji tomato - dipotong dadu
2 cwn air ( saya lebihkan air lagi 1/2 cwn )
1/2 cwn susu  cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
Sedikit garam
* Bahan tumis*
2 sudu mentega / minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - dihiris
1/4 biji bawang besar - dihiris


* Hiasan*
bawang goreng

Cara - cara
1) Cuci beras., rendam selama 5 - 10 minit . toskan.
2) Panaskan mentega / minyak sapi. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau.
3 ) Massukkan beras., kacau sekejap dalam 1 - 2 minit. Kemudian masukkan sos tomato., tomato., susu., air.,daun pandan dan sedikit garam.
4) Masaklah nasi macam biasa.
5) Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 ulasan:

  1. lama tak masak nasi tomato.. sedap juga kan sesekali hidang utk family..

    BalasPadam