Jumaat, 30 November 2012

Kerabu kacang botor











Sedapnya kerabu kacang botor ni., lebih2 lagi kalau yang fresh . menu yg mudah utk disediakan  .  . kacang botor ni saya tanam sendiri kat belakang rumah., pokoknya berbuah lebat . kadang2 sampai kekeringan idea tak tau nak wat masak apa...


Bahan - bahan
10 btg kacang botor
3 biji bawang merah - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - direndam sekejap dan ditumbuk
1 sudu kerisik
5 biji cili padi - ditumbuk
1 biji cili merah - ditumbuk
Sedikit garam
1/2  biji limau nipis

Cara2:
1) Kacang botor dibersihkan dan dipotong nipis2.
2) Tumbuk ikan bilis., cili merah., cili padi dan bawang merah.
3) Masukkan kacang botor kedalam mangkuk., kemudian masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi., garam.,kerisik dan perahan limau nipis., gaul hingga sebati. siap...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 18 November 2012

Ayam goreng berempah 2




Bahan - bahan
7 - 8 ketul ayam
3 btg serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 sudu kecil jintan manis - disangai dan ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih - disangai dan ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
sedikit garam
1 tangkai daun kari
Minyak utk menggoreng
* bahan2 bertanda * ditumbuk lumat


Cara2 :
1) Ayam  dicuci bersih dan toskan.
2)  Gaul ayam dgn garam., serbuk kunyit., serbuk cili dan bahan2 yg ditumbuk tadi.., kemudian diperap 2 - 3 jam.
3) Kemudian goreng ayam., bila dah hampir masak.., masukkan daun kari.., goreng hingga ayam masak .. angkat dan toskan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 15 November 2012

Nasi Tomato



Sumber resepi : Choppy @ myresipi

Bahan - bahan
2 cwn beras basmathi
2 biji tomato - dipotong dadu
2 cwn air ( saya lebihkan air lagi 1/2 cwn )
1/2 cwn susu  cair
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
Sedikit garam
* Bahan tumis*
2 sudu mentega / minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - dihiris
1/4 biji bawang besar - dihiris


* Hiasan*
bawang goreng

Cara - cara
1) Cuci beras., rendam selama 5 - 10 minit . toskan.
2) Panaskan mentega / minyak sapi. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau.
3 ) Massukkan beras., kacau sekejap dalam 1 - 2 minit. Kemudian masukkan sos tomato., tomato., susu., air.,daun pandan dan sedikit garam.
4) Masaklah nasi macam biasa.
5) Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng.
Published with Blogger-droid v2.0.9