Jumaat, 2 Mei 2014

Sotong berempah





Bahan2 :
10 ekor sotong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah - dibelah 2
2 biji tomato - dibelah 4
3 sudu rempah Kari ikan
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap Manis
garam dan perasa secukup rasa

Cara 2 :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau., masukkan rempah Kari yg dibancuh dgn sedikit air., biar hingga terbit minyak., lpas tu masukkan sos tiram dan kicap manis.
2) kemudian masukkan sotong .,sedikit garam., perasa dan sedikit air., masukkan cili merah.., biarkan sekejap akhir sekali masukkan tomato ., masak sekejap kemudian bolehlah tutup api .^___^

Jumaat, 10 Mei 2013

KUIH KOLE KACANG

Assalamualaikum... slmt ptang..., hu..hu... dah agak lama saya tak update blog . agaknya dah bersawang dah blog ni... errkk... ada ke org yg masih berkunjung kesini..., hu...hu... ^___*. disebabkan laptop problem terpaksa lah melupakan sementara hasrat utk berblog. sekarang laptop dah ok.. alhamdulillah....
         hari ni nak share satu resepi yg saya buat beberapa hari yg lepas... kuih kole kacang., sebenarnya ni antara kuih peberet saya ni., tapi selalu beli je.., baru kali ni ada keberanian dan  kerajinan utk membuatnya. ini pun sebab terliur tengok ada rakan pesbuk dok post gambar kuih kole kacang ni kat pesbuk., jadi terpaksa lah merajinkan diri  hu....hu... ok jom kita tengok resepinya....
resepi dari Che iza @ myresipi.com.




Sumber resepi: Che iza

Bahan2 :
1 cwn santan pekat
1 cwn gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cwn air *
2 helai daun pandan *
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam


Cara2 :
1 ) Masak santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan minyaknya dalam kuali.
2 ) Masak bahan bertanda * sehingga gula larut. sejukkan dan ketepikan dulu.
3) Masukkan tepung kacang hijau , santan, garam; dan air gula merah yg dimasak tadi dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan adunan tadi dalam kuali yg berisi minyak kelapa tadi . kacau selalu agar tidak bergentel. masak hingga pekat., kemudian tuangkan kedalam loyang.
5) Bila adunan sejuk bolehlah dipotong ., dan taburkan tahi minyak diatasnya.



Ahad, 20 Januari 2013

Apam Pelangi




Sumber Resepi: Kak yatie

Bahan2 :
2 biji telur
1 sudu teh ovallet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cwn )
150 gm gula halus ( 2/3 cwn )
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
Secubit garam ( saya lupa nak letak garam... hu..hu.. )
Pewarna


Cara2 :
1 ) Pukul telur dengan gula dan ovallet sampai gebu.
2 ) Masukkan santan dan esen vanila . kacau sebati.
3 ) Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder.., kacau rata.
4 ) Bahagi kepada 3 warna yg kita suka . Tuang selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.











posted from Bloggeroid

Khamis, 10 Januari 2013

Udang goreng berempah





Sumber resepi:dayang_jack

Bahan2:
500 gm udang galah @ mana2 jenis udang yg sesuai ( dibersihkan )
4 ulas bawang putih *
2 sb cili kering kisar / serbuk cili - boleh kurangkan 1 sudu jika taknak pedas
1 inci halia *
1 sb serbuk kari ikan
1 sk jintan manis ( disangai )
1 sk ketumbar ( disangai )
1 sk jintan putih ( disangai )
1 sk serbuk kunyit
1 sb tepung beras
1 biji telur
1 tangkai daun kari
garam dan minyak masak


Cara2:
1 ) Tumbuk bahan yg bertanda *.
2) Jintan manis., ketumbar dan jintan putih ditumbuk sekali dan satukan dengan langkah 1
3 ) Sediakan bekas yg besar ., masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit , cili kisar, daun kari dan garam,, gaulkan.
4 ) Masukkan udang., gaul sebati.
5 ) Masukkan telur., gaul lagi.
6) Akhir sekali masukkan tepung beras dan gaul rata2 . Perap selama 1 jam atau kebih.
7 ) panaskan minyak dgn api sederhana sahaja . Goreng udang sehingga masak.



posted from Bloggeroid.

Sabtu, 5 Januari 2013

Kek Alunan Kasih

Sumber resepi : Misswhy@myresipi

Bahan2:
5 biji telur
2 1/2 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus ( boleh kurangkan ., saya guna 1 1/2 cwn je )
3 sudu kecil baking powder
1/2 cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Serbuk koko secukupnya
Pewarna - ikut citarasa masing2
1 1/2 cwn planta / 1 buku buttercup

Cara2:
1) Pukul planta dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu , pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan esen vanila, susu cair gaul hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Bahagikan kepada 2 bahagian ., campurkan pewarna pink dan satu bahagian warna hijau.
5) Gris loyang dan tabur sedikit tepung , masukkan adunan pink , ratakan dalam loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama, ayak nipis2 . Sediakan tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko.
6) Masukkan lapisan kedua ., warna hijau , ratakan perlahan2 kemudian ayak serbuk koko diatas lapisan kedua.
7) Macam tu lah seterusnya .., sampai adunan habis. Bakar lebih kurang 45 minit ., 160o C. Ikut oven masing2.






posted from Bloggeroid

Rabu, 5 Disember 2012

Garlic Bread



assalamualaikum & selamat petang.., apa  menu utk mkan petang ni..,saya cuma buat garlic bread yg simple je.., ikut bahan2 yg dah ada kat dapur je.. ^__^ . jom layan...


Bahan2 :
2 keping roti gardenia
2 sudu besar butter / majerin
1 ulas bawang putih -- dicincang halus
1 btg daun pasli -- dipotong halus2


Cara2 :
1) Campurkan butter dgn bawang putih yg telah dicincang dan daun pasli yg telah dipotong halus.,gaul hingga sebati.
2) Sapukan pada roti., kemudian bakar hingga garing ( saya bakar pada suhu 170oC selama 10 minit ) ok.., dah siap.... ^__^
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kue Teaw Ladna




Bahan2 :
1 peket kue teaw
2 sudu kicap manis
Sedikit isi ayam
2 ekor sotong - dipotong bulat
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 btg carot
1 btg putik jagung
1 btg sawi
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
1 sudu tepung jagung
Air secukupnya


Cara2 :
1) Panaskan minyak dalam kuali., goreng kue teaw bersama kicap manis.,kacau hingga sebati.., angkat dan ketepikan.
2) Panaskan minyak lagi..,tumis bawang putih hingga kekuningan., masukkan isi ayam, kacau2 sekejap kemudian masukkan sotong.
3) kemudian masukkan sos tiram., air dan kiub pati ayam., biar hingga mendidih., masukkan carot dan putik jagung., bila dah empuk masukkan sayur sawi., biarkan sekejap.., kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau hingga sebati., biarkan mendidih sekejap kemudian bolehlah tutup api.
4) Curahkan kuah keatas kue teaw yg telah digoreng tadi.
Published with Blogger-droid v2.0.9