Ahad, 30 Oktober 2011

Sambal Petai Tempoyak



Bahan-bahan

3 sudu tempoyak
4 papan petai - dibuang kulit dan dibelah dua
2 biji bawang merah
15 biji cili padi
1 biji bawang besar
sedikit garam
1 mangkuk kecil ikan bilis - dibelah dua dan ditumbuk sedikit.
1 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit -diracik halus
sedikit minyak utk menumis
sedikit gula dan ajinomoto


Cara-cara

-Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.
-Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk sehingga naik bau.
-Masukkan tempoyak, ikan bilis,petai,garam,gula,ajinomoto dan sedikit air.
-Masak sehingga petai agak layu,kemudian masukkan daun kunyit dan bawang besar
yang telah dipotong nipis2 .

Sabtu, 29 Oktober 2011

Apam Beras

Projek untuk pagi ni... buat apam ni utk sarapan pagi., resipi dari cha@myresipi.com. hmm...Tak tahulah saya buat ni jadi ke tak..? sebab saya rasa mcm terlebih air masa bancuh tepung tu...bila dah msak apam ni agak berat sikit. Tapi takpela.., lain kali cuba buat lagi .,kena ikut resepi asal betul2...belajar dari pengalaman ...he..he..

Bahan-bahan

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula
2 1/2 cwn air
1 sudu kecil yis - mauripan
kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam

Cara-cara

-Blend nasi dengan air sehingga hancur.
-Setelah hancur, campurkan brown sugar dan gula kedalamnya dan blend lagi sehingga sebati.
-Dalam bekas lain ,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
-Selepas itu masukkan bahan yang telah diblend tadi kedalam bekas tepung., kacau hingga sebati.
-Perap selama 3 jam.
-Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
-Hidang bersama kelapa yg telah digaul dengan sedikit garam.....siap!!!

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ikan Masak Cuka


Bahan-bahan

4 ekor ikan - saya guna ikan sardin
3 biji bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu teh halba campur
1 biji cili merah - dibelah dua
2 biji cili hijau - dibelah dua
5 biji cili padi - dibelah dua
2 sudu besar cuka makan
1 inci halia - dihiris
sedikit air, garam ,serbuk kunyit dan ajinomoto
sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara

- lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.,kemudian goreng hingga garing.
angkat dan ketepikan.
-Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.,kemudian masukkan halia dan halba campur.
-Masukkan cili merah.,cili hijau.,cili padi dan cuka. kemudian masukkan sedikit air. ikut suka lah..,kalau nak kuah banyak, bubuh air banyak...masak hingga kuah mendidih.
- kemudian angkat dan tuangkan kuah kedalam bekas yg berisi ikan goreng tadi.

Biskut Samperit pandan

Assalamualaikum....,selamat petang pada yang singgah kat sini..,ptang ni saya nak masukkan resepi  biskut samperit pandan..,resepi ni saya ambil kat myresipi tapi saya ubah sikit2...ni saya buat utk raya puasa yg lepas.....

Bahan-bahan

250gm mentega
1cwn gula ising
2 cwn tepung jagung
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung kastard
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanila
sedikit gula urai utk hiasan
1/2 sudu teh pewarna hijau epal
1 sudu teh pandan emulco

Cara-cara
-Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan telor dan esen vanila., putar lagi.
-Masukkan tepung yang telah diayak., sedikit demi sedikit kedalam adunan.
-kemudian masukkan pandan emulco dan pewarna hijau epal.,gaul hingga menjadi doh yg lembut.
-Ambil sedikit doh ., masukkan dalam acuan samperit., dan tekan kedalam loyang.,
kemudian hiaskan dengan sedikit gula urai diatasnya.
-Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.

Sambal ikan bilis petai


Bahan-bahannya

1 mangkuk kecil ikan bilis
1 mangkuk kecil petai - dibelah dua
20 biji cili kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar air asam jawa
sedikit garam, gula,ajinomoto dan belacan
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara memasak

-ikan bilis dibelah,buang tulang dan bersihkan.
-blender cili kering bersama bawang merah, bawang putih, belacan dan air.
-panaskan minyak dalam kuali., tumis bahan2 yg telah diblend tadi sehingga pecah minyak.
- masukkan ikan bilis, petai, garam,gula, sedikit ajinomoto dan air asam jawa.
-masak hingga petai agak empuk dan kuahnya pecah minyak.
dah siap.....bolehlah dimakan bersama nasi....


Rabu, 26 Oktober 2011

Peria goreng kunyit

Peria ni salah satu sayur kegemaran saya .,walaupun agak pahit tapi sedap. ada org kata utk kurangkan pahit dia, rendam dulu peria dalam air garam sebelum masak. tapi saya tak pernah rendam...biasanya kalau masak hingga betul2 empuk., mmang tak rasa pahit dah.apa pun bergantung pada diri sendiri la..,ada org suka pahit..,ada org tak boleh tahan pahit...


Bahan-bahan
3 biji peria kecil (ada org panggil peria katak)
kalau peria biasa yg besar tu saya buat satu biji je..
7 biji cili padi
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
1 cm kunyit
garam, ajinomoto,sedikit minyak utk menggoreng.

Cara-cara memasak

- Peria dibelah dua, buang bijinya.,potong nipis2 dan bersihkan.
-Tumbuk kunyit, cili padi,bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.
-Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
-Bila dah garing, masukkan  peria,garam, ajinomoto dan sedikit  air.
-Masak sehingga peria  empuk dan kuahnya kering.




Cucur Jawa

cucur jawa ni memang peberet saya sejak dari kecil ni.. selalu beli je., dah banyak kali buat tak menjadi. kali ni buat baru menjadi tapi tak berapa kembung. resepi yang ni saya dapat dari adik saya, adik saya ni keje kentin skolah.., jadi banyak jugakla resepi yg dia dpt belajar dari tukang masak tu....Alhamdulillah lepas ni saya tak payah dah beli cucur jawa ni... rasa nak mkan je boleh buat sendiri...


Bahan-bahannya

 2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula pasir
2 cwn air

Cara-cara membuatnya

-masukkan gula merah bersama 2 cawan air kedalam periuk., masak hingga mendidih.,ketepikan.
-campurkan tepung gandum, tepung beras dan gula kedalam mangkuk, kemudian masukkan air gula merah yg telah dimasak tadi.kacau hingga sebati dan timbuk-timbuk hingga berbuih,
-tapiskan dan peram selama 3 -4 jam.
- panaskan minyak dalam kuali, ambil sesenduk adunan, goreng hingga masak. ulangi hingga habis adunan.