Khamis, 31 Mei 2012

Ikan Bakar Portugis



Sumber Resepi: Che Mat Gebu

Bahan - bahan
3 ekor ikan cencaru  (saya guna ikan kembung )
3 helai daun limau purut - dihiris halus (saya tak letak sebab takde stok..hu..hu.. )
3 camca besar minyak bawang putih ( Resepi dibawah )
3 camca besar cili kisar
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan2 kisar halus :
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 btg serai
1 keping hirisan lengkuas

Bahan minyak bawang putih :
1/2 cwn minyak masak ( saya kurangkan.., letak 5 sudu je... )
6 ulas bawang putih  - ditumbuk ( saya letak 3 ulas je... )

Cara membuatnya :
1 ) Untuk minyak bawang putih : Panaskan minyak dgn api perlahan., masukkan bawang putih dan goreng garing. matikan api dan alih minyak dlm bekas. sejukkan .
2 ) Ikan dibersihkan., dikelar2 dan diperap dgn jus lemon dan garam 10 minit. cuci dan toskan. campur semua bahan2 kisar bersama garam ., gula dan cili kisar., gaul rata.
3 ) Letakkan seekor ikan diatas daun pisang .., lumur rata dgn bahan2 kisar ., tabur hirisan daun limau purut  dan tuang sedikit minyak bawang putih. balut dgn aluminium foil dan bakar hingga masak.
4 ) Boleh juga dihidangkan bersama lada kicap jika suka.

Sabtu, 26 Mei 2012

KEK MARBLE SUSU







Sumber Resepi :Che Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan - bahan

250 gm mentega
230 gm gula halus
2 camca teh ovallette
4 biji telur gred A
270 gm tepung halus *
1 camca teh baking powder * ( * disatukan dan diayak )
60 gm susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

1) Pukul mentega , ovallette dan gula halus hingga putih. masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.  masukkan susu pekat dan gaul rata.
2 ) perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis., gaul rata. bahagi adunan kepada 2 bahagian yg sama banyak. satu dibiarkan tanpa warna  dan satu bahagian dicampur dgn susu cair ., serbuk koko dan coklat emulco. gaul hingga sebati.
3 ) Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yg telah dilenser dgn mentega dan dasarnya dialas dgn kertas minyak. kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
4 ) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175oC selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin.  Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka.






Jumaat, 18 Mei 2012

Puding Kasih Bertaut

Assalamualaikum..., slmt pagi... dah agak lama saya tak update blog ni...hmm... dah seminggu lebih saya tak berapa sihat.,  batuk & sakit tekak tu yang tak berapa rajin nak berblogging tu...hari ni baru la rasa sihat sikit... Alhamdulillah..,hari ni saya nak share resepi puding kasih bertaut yg saya buat utk buka puasa semalam. saya tengok dah ramai rakan2 blogger dah buat puding ni...,rasanya memang sedap.., apa lagi setelah sepanjang hari menahan lapar & dahaga.., bila dpt makan puding ni...emmm...nyamannya rasa....hehehe..,
       Resepi ni saya ambil dari blog Ros jintan manis. Izinkan saya share kat sini pulak ye.., manalah tahu kan kalau2 ada rakan2 yg belum pernah mencuba boleh lah cuba ye.., lagi  pun dah dekat nak bulan puasa nanti bolehla buat utk buka puasa..., ok jom kita tengok resepinya....

Bahan - bahan
Bahan A
1/2 peket / 2 tsp serbuk agar2 ( saya guna agar2 yg bertali tu 1/2 peket ).
300 ml air  ( saya lebihkan sikit air sebab taknak keras sngt )
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur ( saya tak bubuh pun )
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa ( kalau tak nak perisa pun takpe just pewarna )

Cara - cara
1) Masukkan serbuk agar2 gula dan air kedalam periuk dan masak hingga gula dan agar2 larut.
2) Pecahkan telur kedalam santan dan kocok sikit dgn garfu. Tuang kedalam periuk berisi larutan agar2 tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih., setelah mendidih.., tutup api.
3) bahagi larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan kedalam mould yg anda suka.  biarkan ia keras didalam peti ais.
4) Setelah keras., keluarkan agar2 dari mould atau, kalau guna bekas yg besar sebagai mould tadi., potong agar2 menjadi kiub2 kecil dan masukkan semua agar2 ini kedalam satu bekas lain yg lebih besar.

Bahan B
1 peket agar2 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula melaka
2 helai daun pandan  - disimpulkan

-Masukkan semua bahan2 diatas kedalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapiskan larutan agar2.

Cara menyediakan puding:
-Tuang larutan agar2 B kedalam bekas yg berisi semua agar2 A / kiub2 agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan kedalam peti ais.



nyum...nyum...






saya guna acuan coklat utk agar2 kecil2 ( bahan A )



yang ni guna acuan coklat bentuk love....

Khamis, 3 Mei 2012

Ayam Masak Ungkep

Assalamualaikum..., selamat petang.., dah mkan ptang ke...?  Hari ni saya nak kongsikan resepi yg saya masak utk mkan tgahari tadi. Ayam masak ungkep., ni pestaim saya cuba resepi ni. masakan org jawa. resepi ni saya ambil dari SINI. memang sedap ayam masak ungkep ni...bagi sesiapa yg belum pernah cuba resepi ni.., nant bolehlah cuba ye... jom kita tengok resepinya.


Sumber Resepi : Resipi Noraini

Bahan - bahan
1.5 kg ayam - dipotong kecil
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 btg serai -  diketuk
1/2 cwn minyak masak
garam dan perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bahan kisar:
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
10 biji cili padi ( saya tambah )
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara - cara
1) Bahan kisar dibasuh dan dikisar hingga lumat bersama sedikit air.
2) Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,  bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3) Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing., jika kurang minyak tambahkan sedikit lagi.
4) Masukkan ayam dan kacau sebati. Tambahkan dua cawan air dan asam keping . kacau biar rata. tutup kuali dan biarkan mendidih selama 30 minit., sehingga ayam empuk.
5) Tambahkan air jika ayam belum empuk. masukkan garam dan perasa.
6) Angkat dan hidangkan.


Rabu, 2 Mei 2012

Chocolate Chip Almond Muffin



Sumber Resepi: Che Mat Gebu

Bahan - bahan
2 cwn tepung naik nsendiri *
1/2 cwn serbuk koko *
1/2 camca teh garam halus *  ( * digaul dan diayak )
2/3 cwn mentega ( lebih kurang 170 gm )
1 1/3 cwn gula halus  ( saya bubuh 1 cwn je )
2 biji telur gred A
1 cwn susu segar ( saya gantikan dengan susu cair )
1 camca teh esen vanila
1/2 cwn coklat chip * ( saya tak bubuh pun sebab takde stok..hu..hu.. )
1 camca besar tepung gandum *
1/2 cwn kismis * ( yg ni pun saya tak letak sebab xde stok ..hu..hu..)
1/2 cwn kepingan badam * ( * digaul rata )
sedikit kepingan badam dan coklat chip utk hiasan

Cara - cara
1) Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed., tuang susu dan esen vanila., pukul hingga rata.
2 ) Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis., putar sekadar semua sebati sahaja.
3) Masukkan kepingan badam, kismis dan coklat chip yg telah digaul dgn tepung tadi., gaul dgn menggunakan spatula sehingga rata.
4) Isikan dalam acuan muffin pilihan sebanyak 3/4 penuh., tabur sedikit coklat chip dan kepingan badam. bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180 oc selama 25 - 30 minit., bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2.