Jumaat, 21 September 2012

Ikan Singgang Serani


Sumber resepi: Che Mat Gebu


Bahan - bahan
1 ekor ikan tuna/ tongkol putih saiz sederhana- kerat dan cuci bersih
1 biji tomato - dibelah 6
1 btg serai - dititik
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis ( optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai ( saya guna 1 biji cili merah + 5 biji cili padi )
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji

Cara - cara
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali., masukkan  serai dan bahan tumbuk lumat  hingga harum. Tuang air secukupnya., kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugur dan juga kiub ikan bilis ( jika guna )
2 ) Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato ., kacau perlahan dan masak sekejap..  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan