Isnin, 16 Januari 2012

KURMA AYAM

Assalamualaikum...,slmt pagi...sarapan apa pagi ni..? nyamannya udara pagi ni, seawal jam 8.30 pagi mentari dah pun mula memancarkan sinarnya.alhamdulillah..,syukur pada Allah kerana memberi saya masih dpt melihat keindahan alam ini.hari ini bersiaran awal sikit.he..he..,bukan apa..sebab nak masukkan menu semalam, tapi semalam tak sempat nak masukkan, kira mcm rancangan tertunda lah ni...,hee...

Bahan -bahan
7 -8 ketul ayam - yg telah dipotong dan dibersihkan.
1 1/2 biji bawang besar - 1/2 biji utk menumis dan 1 biji lagi dibelah 4
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji carrot - dipotong dah dibelah 4
2 biji cili merah - dibelah 2
2 biji cili hijau - dibelah 2
3 biji cili padi - dibelah 2
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari daging
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 cwn santan
sedikit minyak utk menumis
garam dan aji secukup rasa

Cara -cara
1) Panaskan minyak dalam kuali. tumis bawang putih, bawang besar dan halia. kemudian masukkan kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2) Selepas itu masukkan rempah kurma dan rempah kari daging yg telah dibancuh dgn sedikit air.biar hingga pecah minyak.
3) kemudian masukkan ayam.,gaul hingga sebati.
4) Masukkan santan, bila dah mendidih masukkan ubi kentang, bawang besar yg telah dipotong 4,carrot,cili merah,cili hijau, cili padi,garam dan aji. masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak kering.



3 ulasan: