Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling- blueberry@ strawbery@ atau apa2 ikut citarasa
Cara-cara
1) Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3) Masukkan adunan kedalam piping beg.
4) Picitkan adunan kedalam mangkuk kertas ,setengah sahaja.
5) Letakkan filing secukupnya - nak senang masukkan dalam plastik, kemudian picitkan.
6) picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
7) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak.

emmm..., inilah hasilnya...sedap dimakan bila2 masa..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan