Rabu, 22 Februari 2012

TALAM CENDOL

Assalamualaikum...,slmt ptg...mkan apa hari ni..., sebenarnya saya buat talam cendol ni utk brkfst  pagi tadi. dah lama nak wat kuih talam ni...tapi asyik tertangguh je...saya skodeng resepi ni kat blog Kak yatie sebenarnya saya slalu skodeng blog kak yatie ni sebab banyak resepi2 menarik .kak yatie ni memang pakar dalam membuat kuih talam ni dan bermacam2 jenis masakan lagi. kalau melawat dapur kak yati ni berjam2 saya duduk kat sana sambil cuci2 mata.ok lah.., jom kita tengok resepinya.

Bahan -bahan
Lapisan bawah:
bahan A
200gm tepung beras *
250 ml santan pekat *
450 ml air *
1 sb tepung jagung *
150 gm gula castor
1 sk garam

bahan B
200 gm cendol @ 1 peket kecil - tapiskan, ambil cendolnya je..

Cara - cara
1) Satukan bahan bertanda * dan tapis kedlm periuk. masukkan bahan lain di bahagian A.
2) Masak bahan A sehingga naik wap. ( jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api., guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk utk ratakan adunan tersebut).
3) Angkat dan masukkan cendol. gaul rata.
4) Masukkan kedalam loyang 10x10x2 yg telah disapu dgn sedikit minyak dan dialas dgn plastik.
5) Kukus selama 25 minit.
6) Selepas masak, cakar2 dgn garpu.

Lapisan atas:
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan

bahan B
150 gm tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sk garam

Cara - cara
1) Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2) Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan bahan A kedlm B dan tapis dan masukkan kedlm periuk.
4) Masak sehingga naik wap ( jgn pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5) Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan