Jumaat, 17 Februari 2012

ROTI ARAB DGN SAMBAL IKAN BILIS



Sumber resepi: Majalah rasa

Bahan -bahan

Bahan doh:
500gm tepung gandum
200ml air
1/2 peket yis kering - saya guna mauripan
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula pasir
1 biji telur
50 ml minyak masak - dipanaskan
secubit garam

Bahan sambal ikan bilis:
500gm ikan bilis - dibuang perutnya dan dikisar ( saya kisar separuh je)
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2cm halia - dikisar
1 sudu makan ketumbar - ditumbuk
300gm cili boh ( saya guna cili kering yg dikisar )
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya
sedikit air

Cara -cara
1) Campurkan kesemua bahan doh kecuali minyak masak. gaul sebati.
2) Panaskan minyak didalam kuali., angkat dan biarkan sejuk sedikit. kemudian tuang kedalam adunan doh tadi.
3) Uli hingga menjadi adunan yg kental dan tidak melekat ditangan. perapkan doh selama 2 jam dan tutup rapat, ketepikan. setelah 2 jam.,ambil doh sebesar bola golf dan uli dgn lembut kemudian dileperkan dgn penggelek.
4) Panaskan minyak., dan goreng dgn minyak yg panas. Angkat sebaik ia menggelembung dan kekuningan.
5) untuk sambalnya., panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan ketumbar yg ditumbuk sehingga naik baunya.
6) Kemudian masukkan cili boh dan biarkan sehingga naik minyaknya.
7) Masukkan ikan bilis dan bawang besar serta perasakan dgn garam, gula dan juga sedikit air.
8) Kacau rata dan biarkan mendidih.
9) Angkat dan hidangkan bersama roti arab.

p/s: saya buat separuh adunan je - dpt 7 keping roti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan