Rabu, 2 Mei 2012

Chocolate Chip Almond Muffin



Sumber Resepi: Che Mat Gebu

Bahan - bahan
2 cwn tepung naik nsendiri *
1/2 cwn serbuk koko *
1/2 camca teh garam halus *  ( * digaul dan diayak )
2/3 cwn mentega ( lebih kurang 170 gm )
1 1/3 cwn gula halus  ( saya bubuh 1 cwn je )
2 biji telur gred A
1 cwn susu segar ( saya gantikan dengan susu cair )
1 camca teh esen vanila
1/2 cwn coklat chip * ( saya tak bubuh pun sebab takde stok..hu..hu.. )
1 camca besar tepung gandum *
1/2 cwn kismis * ( yg ni pun saya tak letak sebab xde stok ..hu..hu..)
1/2 cwn kepingan badam * ( * digaul rata )
sedikit kepingan badam dan coklat chip utk hiasan

Cara - cara
1) Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Perlahankan speed., tuang susu dan esen vanila., pukul hingga rata.
2 ) Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis., putar sekadar semua sebati sahaja.
3) Masukkan kepingan badam, kismis dan coklat chip yg telah digaul dgn tepung tadi., gaul dgn menggunakan spatula sehingga rata.
4) Isikan dalam acuan muffin pilihan sebanyak 3/4 penuh., tabur sedikit coklat chip dan kepingan badam. bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180 oc selama 25 - 30 minit., bergantung pada saiz acuan muffin dan oven masing2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan