Khamis, 3 Mei 2012

Ayam Masak Ungkep

Assalamualaikum..., selamat petang.., dah mkan ptang ke...?  Hari ni saya nak kongsikan resepi yg saya masak utk mkan tgahari tadi. Ayam masak ungkep., ni pestaim saya cuba resepi ni. masakan org jawa. resepi ni saya ambil dari SINI. memang sedap ayam masak ungkep ni...bagi sesiapa yg belum pernah cuba resepi ni.., nant bolehlah cuba ye... jom kita tengok resepinya.


Sumber Resepi : Resipi Noraini

Bahan - bahan
1.5 kg ayam - dipotong kecil
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 btg serai -  diketuk
1/2 cwn minyak masak
garam dan perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bahan kisar:
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
10 biji cili padi ( saya tambah )
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara - cara
1) Bahan kisar dibasuh dan dikisar hingga lumat bersama sedikit air.
2) Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,  bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3) Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing., jika kurang minyak tambahkan sedikit lagi.
4) Masukkan ayam dan kacau sebati. Tambahkan dua cawan air dan asam keping . kacau biar rata. tutup kuali dan biarkan mendidih selama 30 minit., sehingga ayam empuk.
5) Tambahkan air jika ayam belum empuk. masukkan garam dan perasa.
6) Angkat dan hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan