Selasa, 20 Mac 2012

Ayam Goreng Ala kfc



Sumber resepi: Dari Dapur Madiha

Bahan - bahan

Bahan utk perap ayam:
6 - 8 ketul ayam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar serbuk cili
sedikit garam
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa

Bahan utk tepung:
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung beras pulut  ( utk yg ni saya guna 1/2 cwn tepung jagung dan 1/2 cwn lagi tepung gandum sebab takde stok tepung beras pulut kat rumah)
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa

Bahan tambahan:
1 biji telur
minyak secukupnya

Cara - cara
1) Perap ayam dgn bahan2 perapan selama 1 jam.
2) Campurkan semua bahan2 utk tepung didalam bekas, gaul sehingga rata.
3) Selepas satu jam., celup ayam yg telah diperap kedalam telur yg telah dikacau.
4) Salut ayam tersebut didalam campuran tepung tadi.
5) Goreng didalam minyak yang banyak sehingga garing.
6) toskan minyak dan sedia utk dihidang...... senangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan