Ahad, 8 April 2012

Sotong Goreng Tepung



Sumber Resepi: jintanmanis

Bahan - bahan
7 - 8 ekor sotong
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras - boleh diganti dgn tepung jagung
2 sudu kecil serbuk kari
garam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil baking powder
sedikit air


Cara - cara
1) Mula2 potong sotong bentuk ring, rebus separuh masak, lebih kurang 5 - 8 minit. Step ini penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. Kemudian toskan dan gaul dgn lada sulah.
2) Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum., tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air., pastikan jgn terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
3) Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang., dan jgn terlalu lama kerana sotong tadi dah separuh masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan