Khamis, 3 November 2011

Apam gula hangus

Assalamualaikum...& selamat pagi...,n3 hari ni apam gula hangus. dah lama dah saya dok intai resepi dari kakbesah@myresipi.com ni .,baru hari ni sampai hajat nak buat apam ni.rasanya memang sedap dan gebuss....jom layan....


Bahan-bahan
1 cwn gula- jadikan gula hangus dengan 1 cawan air
1 cwn majerin@ mentega
11/2 cwn gula
3 biji telor
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn susu cair
1 sudu makan soda bikarbonat

Cara-cara

1) masukkan gula kedalam kuali (goreng tanpa minyak)hingga gula cair dan jadi coklat keperangan. pastu masukkan secawan air ,didihkan lagi hingga agak pekat, kemudian tutup api. semasa masih panas,masukkan majerin, kacau hingga majerin cair dan ketepikan.
2) blend gula bersama telor hingga gula hancur dan berbuih.
3) masukkan soda bikarbonat dan blender lagi 5saat.
4) masukkan gula hangus bercampur majerin tadi,dan blend lagi 3saat je....
5) tuangkan adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit,gaul rata.akhir sekali masukkan susu dan kacau sebati dengan pengacau telor manual.
6) Panaskan air dalam pengukus, sementara itu sapukan majerin dalam acuan, masukkan adunan 1/3 je...(ia sangat mengembang). bila air kukusan mendidih, kukus selama 15 minit.
7) sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan