Ahad, 6 November 2011

Nasi minyak hujan panas

Selamat hari raya aidiladha... Alhamdulillah hari ni dapat jugak saya mencuba resepi nasi minyak hujan panas utk juadah hari raya aidiladha...,dah lama dok intai resepi ni kat myresipi.com., akhirnya dapat jugak merasa keenakan nasi minyak hujan panas.... resepi asal dari Makyong@myresipi.com . utk hari ini saya gandingkan dia dengan lauk ayam masak merah.

enak dimakan begitu sahaja..,rasanya lemak2 masin (tapi gambar kurang menarik sebab guna h/phone je sebab kamera rosak...)

Bahan-bahan
4 cwn beras basmati
5 cwn air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah,kuning dan hijau
{bahan tumis}
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
{bahan hias}
bawang goreng
kismis

Cara - cara
1) Cuci beras dan rendam selama 10 minit, toskan.
2) Hiris nipis-nipis halia dan semua jenis bawang
3) Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga berbau wangi.
4) Masukkan beras dan gaul rata.
5) Masukkan air, kiub pati ayam dan daun pandan.
6) Masaklah nasi sehingga masak.
7) Bila nasi kering, letakkan 1 - 2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau.,ditempat yg berasingan.bila dah masak.,gembur-gemburkan nasi.
8) Hiaslah dengan bawang goreng dan kismis jika suka.


sedap juga dimakan bersama ayam masak merah.....






 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan