Jumaat, 21 September 2012

Ikan Singgang Serani


Sumber resepi: Che Mat Gebu


Bahan - bahan
1 ekor ikan tuna/ tongkol putih saiz sederhana- kerat dan cuci bersih
1 biji tomato - dibelah 6
1 btg serai - dititik
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis ( optional)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai ( saya guna 1 biji cili merah + 5 biji cili padi )
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji

Cara - cara
1) Panaskan sedikit minyak dalam kuali., masukkan  serai dan bahan tumbuk lumat  hingga harum. Tuang air secukupnya., kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugur dan juga kiub ikan bilis ( jika guna )
2 ) Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato ., kacau perlahan dan masak sekejap..  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Biskut Cornflakes Rangup


Sumber resepi: Kak Yatie
Bahan- bahan
250 gm mentega
3/4 cwn gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes ( ramas sikit2 )
2 cwn tepung naik sendiri
Mangkuk kertas
Ceri merah dan ceri hijau  - dipotong kecil


1) Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
2) Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi., setelah itu masukkan esen vanila.
3) Masukkan tepung naik sendiri  dan cornflakes yg diramas . gaul sebati ., guna senduk kayu je.
4) Masukkan dalam mangkuk kertas dan hiaskan  dgn potongan ceri merah dan hijau.
5) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170 oC selama 15 minit.

Published with Blogger-udroid v2.0.9

Sabtu, 8 September 2012

Kek Coklat Kukus



1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak ( boleh juga guna butter cair )
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara - cara
1) Campurkan gula pasir , serbuk koko., minyak masak, susu cair dan susu pekat manis kedalam periuk., masak sebentar diatas api yg perlahan  sehingga semua bahan larut.
2) Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
3) Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. gaul rata dan campurkan adunan tepung .gaul sebati dan tuang kedalam loyang.
4) Tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama  45 - 60 minit dgn api yg perlahan.
5) Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping .
** Topping **
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn minyak masak
4 - 5 sudu serbuk koko
- masukkan semua bahan dalam periuk., masak diatas api perlahan hingga larut., masak sekejap je.., biarkan sejuk sedikit kemudian curahkan diatas kek tadi...
Published with Blogger-droid v2.0.9