Jumaat, 9 Mac 2012
Kerutuk Ayam
Sumber resepi: resepi asal kerutuk daging oleh makyong @myresipi
Bahan - bahan
6 -7 ketul ayam
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cwn santan pekat
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar kerisik
2 sudu kicap pekat
garam
* bahan tumis*
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak
Cara - cara
1) Ayam dibasuh bersih dan ditoskan.
2) kisar 1/2 biji bawang besar,halia dan bawang putih. kemudian dicampurkan dgn rempah kerutuk.
3) panaskan minyak.
4) Tumis semua bahan tumis hingga wangi.
5) Kemudian masukkan campuran rempah tadi.masak hingga pecah minyak.
6) Masukkan ayam dan santan., masak sehingga ayam empuk dan kuahnya betul2 pekat.
7) Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. biarkan sehingga 5 - 10 minit sebelum padamkan api.
8) siap utk dihidang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan