Ahad, 25 Mac 2012
Gulai Ikan Aya / Tongkol
Sumber resepi: Kak rosaliza
Bahan - bahan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
4 keping asam keping
garam
sedikit air
Rebus ikan bersama bahan2 diatas
Bahan - bahan utk kuah
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
10 tangkai cili kering *
santan
garam
1 keping asam keping
sedikit gula melaka
perasa
cili hijau
1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
sedikit minyak utk menumis
Cara - cara
Blender bahan2 yg bertanda * hingga hancur, kemudian tumis sehingga wangi. Selepas itu masukkan rempah kari ikan., kacau2 seketika dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. Masukkan santan dan semua bahan2 kecuali cili hijau. Masak hingga kuah mendidih dgn api yg sederhana. Apabila mendidih masukkan ikan.,kacau dgn perlahan., takut ikan hancur. kemudian masukkan cili.,sesuaikan rasa.siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan