Bahan laksam:
3 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
4 cwn air suam
Bahan kuah:
Ikan ( direbus dan dibuang tulang) - saya guna ikan kembung
1 inci halia
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
5 cwn santan
5 keping asam keping
sedikit garam dan gula - saya tak letak gula.,saya gantikan dgn aji.
Bahan ulam:
timun, kacang panjang,taugeh, daun kesum
Bahan cili:
cili merah, belacan, garam, limau
Cara buat laksam:
1) gaulkan semua bahan.sapukan tudung periuk dgn sedikit minyak masak.untuk mengelak dari melekat.ambil sedikit adunan dan letakkan diatas tudung periuk.,kukus sampai masak.
2) Bila dah masak.,keluarkan biarkan sekejap.,supaya laksam kelihatan licin dan cantik. sementara itu letakkan sedikit adunan keatas tudung periuk lain.,dan kukus sampai masak.ulang sampai habis.
Cara buat kuah:
1) Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. kemudian masukkan kedalam periuk bersama bahan2 lain.,masak hingga agak pekat.
untuk cili: cili merah ditumbuk dgn garam dan belacan dan perahkan limau. ok...dah siap.....
emm...,first time buat & makan laksam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan