Khamis, 19 April 2012
Ikan Kembung Masak Pedas
Bahan - bahan
4 - 5 ekor ikan kembung - disiang, dibersihkan dan dilumur dgn garam dan serbuk kunyit.
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris / diketuk
1 btg serai - dihiris halus
5 biji cili padi - dihiris halus ( terpulanglah nak letak bnyak mana., lagi pedas lagi kaw )
1 biji tomato - dihiris
3 sudu cili mesin
2 sudu kicap
2 sudu cili sos
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak utk menggoreng
Cara - cara
1) Ikan digoreng hingga garing dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dalam kuali., tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. kemudian masukkan cili mesin., biar hingga pecah minyak., kemudian masukkan kicap dan cili sos. kacau2 sebentar., kemudian masukkan cili padi., serai., garam dan sedikit air.
3) Apabila sudah mendidih., masukkan tomato ., biarkan sekejap hingga kuah agak pekat.,kemudian tutup api. Akhir sekali curahkan diatas ikan yg telah digoreng tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan