Bahan-bahan
1 mangkuk kecil ikan bilis- dibelah dua, dibersihkan dan digoreng.
2 papan petai - dibelah dua
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji cili hijau besar - ditumbuk
10 - 15 biji cili padi hijau - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
sedikit belacan
garam, aji, sedikit gula
1 sudu besar air asam jawa
minyak
Cara - cara
1) Tumbuk cili hijau, cili padi, garam, bawang merah dan belacan.
2) Panaskan minyak dalam kuali., tumiskan bahan2 yg ditumbuk hingga
garing.
3) Kemudain masukkan petai, gula,aji ,sedikit air dan air asam jawa, bila
kuah agak kering sedikit, masukkan bawang besar yg telah dihiris. masak
hingga petai empuk dan kuah agak kering.
4) masukkan ikan bilis yg telah digoreng., kacau sebati kemudian tutup api.
p/s: jika nak smbal yg berkuah ikan bilis tidak perlu digoreng terlebih dahulu.
Jumaat, 25 November 2011
Ahad, 6 November 2011
Nasi minyak hujan panas
Selamat hari raya aidiladha... Alhamdulillah hari ni dapat jugak saya mencuba resepi nasi minyak hujan panas utk juadah hari raya aidiladha...,dah lama dok intai resepi ni kat myresipi.com., akhirnya dapat jugak merasa keenakan nasi minyak hujan panas.... resepi asal dari Makyong@myresipi.com . utk hari ini saya gandingkan dia dengan lauk ayam masak merah.
enak dimakan begitu sahaja..,rasanya lemak2 masin (tapi gambar kurang menarik sebab guna h/phone je sebab kamera rosak...)
Bahan-bahan
4 cwn beras basmati
5 cwn air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah,kuning dan hijau
{bahan tumis}
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
{bahan hias}
bawang goreng
kismis
Cara - cara
1) Cuci beras dan rendam selama 10 minit, toskan.
2) Hiris nipis-nipis halia dan semua jenis bawang
3) Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga berbau wangi.
4) Masukkan beras dan gaul rata.
5) Masukkan air, kiub pati ayam dan daun pandan.
6) Masaklah nasi sehingga masak.
7) Bila nasi kering, letakkan 1 - 2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau.,ditempat yg berasingan.bila dah masak.,gembur-gemburkan nasi.
8) Hiaslah dengan bawang goreng dan kismis jika suka.
sedap juga dimakan bersama ayam masak merah.....
Khamis, 3 November 2011
Apam gula hangus
Assalamualaikum...& selamat pagi...,n3 hari ni apam gula hangus. dah lama dah saya dok intai resepi dari kakbesah@myresipi.com ni .,baru hari ni sampai hajat nak buat apam ni.rasanya memang sedap dan gebuss....jom layan....
Bahan-bahan
1 cwn gula- jadikan gula hangus dengan 1 cawan air
1 cwn majerin@ mentega
11/2 cwn gula
3 biji telor
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn susu cair
1 sudu makan soda bikarbonat
Cara-cara
1) masukkan gula kedalam kuali (goreng tanpa minyak)hingga gula cair dan jadi coklat keperangan. pastu masukkan secawan air ,didihkan lagi hingga agak pekat, kemudian tutup api. semasa masih panas,masukkan majerin, kacau hingga majerin cair dan ketepikan.
2) blend gula bersama telor hingga gula hancur dan berbuih.
3) masukkan soda bikarbonat dan blender lagi 5saat.
4) masukkan gula hangus bercampur majerin tadi,dan blend lagi 3saat je....
5) tuangkan adunan yg diblend tadi kedalam mangkuk,campurkan tepung sedikit demi sedikit,gaul rata.akhir sekali masukkan susu dan kacau sebati dengan pengacau telor manual.
6) Panaskan air dalam pengukus, sementara itu sapukan majerin dalam acuan, masukkan adunan 1/3 je...(ia sangat mengembang). bila air kukusan mendidih, kukus selama 15 minit.
7) sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.
Langgan:
Catatan (Atom)