hari ni nak share satu resepi yg saya buat beberapa hari yg lepas... kuih kole kacang., sebenarnya ni antara kuih peberet saya ni., tapi selalu beli je.., baru kali ni ada keberanian dan
resepi dari Che iza @ myresipi.com.
Sumber resepi: Che iza
Bahan2 :
1 cwn santan pekat
1 cwn gula merah *
2 sudu besar gula pasir *
1 cwn air *
2 helai daun pandan *
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam
Cara2 :
1 ) Masak santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan minyaknya dalam kuali.
2 ) Masak bahan bertanda * sehingga gula larut. sejukkan dan ketepikan dulu.
3) Masukkan tepung kacang hijau , santan, garam; dan air gula merah yg dimasak tadi dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
4) Masukkan adunan tadi dalam kuali yg berisi minyak kelapa tadi . kacau selalu agar tidak bergentel. masak hingga pekat., kemudian tuangkan kedalam loyang.
5) Bila adunan sejuk bolehlah dipotong ., dan taburkan tahi minyak diatasnya.