Ahad, 20 Januari 2013

Apam Pelangi




Sumber Resepi: Kak yatie

Bahan2 :
2 biji telur
1 sudu teh ovallet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cwn )
150 gm gula halus ( 2/3 cwn )
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
Secubit garam ( saya lupa nak letak garam... hu..hu.. )
Pewarna


Cara2 :
1 ) Pukul telur dengan gula dan ovallet sampai gebu.
2 ) Masukkan santan dan esen vanila . kacau sebati.
3 ) Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder.., kacau rata.
4 ) Bahagi kepada 3 warna yg kita suka . Tuang selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.











posted from Bloggeroid

Khamis, 10 Januari 2013

Udang goreng berempah





Sumber resepi:dayang_jack

Bahan2:
500 gm udang galah @ mana2 jenis udang yg sesuai ( dibersihkan )
4 ulas bawang putih *
2 sb cili kering kisar / serbuk cili - boleh kurangkan 1 sudu jika taknak pedas
1 inci halia *
1 sb serbuk kari ikan
1 sk jintan manis ( disangai )
1 sk ketumbar ( disangai )
1 sk jintan putih ( disangai )
1 sk serbuk kunyit
1 sb tepung beras
1 biji telur
1 tangkai daun kari
garam dan minyak masak


Cara2:
1 ) Tumbuk bahan yg bertanda *.
2) Jintan manis., ketumbar dan jintan putih ditumbuk sekali dan satukan dengan langkah 1
3 ) Sediakan bekas yg besar ., masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit , cili kisar, daun kari dan garam,, gaulkan.
4 ) Masukkan udang., gaul sebati.
5 ) Masukkan telur., gaul lagi.
6) Akhir sekali masukkan tepung beras dan gaul rata2 . Perap selama 1 jam atau kebih.
7 ) panaskan minyak dgn api sederhana sahaja . Goreng udang sehingga masak.



posted from Bloggeroid.

Sabtu, 5 Januari 2013

Kek Alunan Kasih

Sumber resepi : Misswhy@myresipi

Bahan2:
5 biji telur
2 1/2 cwn tepung gandum
2 cwn gula halus ( boleh kurangkan ., saya guna 1 1/2 cwn je )
3 sudu kecil baking powder
1/2 cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Serbuk koko secukupnya
Pewarna - ikut citarasa masing2
1 1/2 cwn planta / 1 buku buttercup

Cara2:
1) Pukul planta dan gula hingga kembang.
2) Masukkan telur satu persatu , pukul lagi hingga kembang.
3) Masukkan esen vanila, susu cair gaul hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4) Bahagikan kepada 2 bahagian ., campurkan pewarna pink dan satu bahagian warna hijau.
5) Gris loyang dan tabur sedikit tepung , masukkan adunan pink , ratakan dalam loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama, ayak nipis2 . Sediakan tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko.
6) Masukkan lapisan kedua ., warna hijau , ratakan perlahan2 kemudian ayak serbuk koko diatas lapisan kedua.
7) Macam tu lah seterusnya .., sampai adunan habis. Bakar lebih kurang 45 minit ., 160o C. Ikut oven masing2.






posted from Bloggeroid