Rabu, 5 Disember 2012

Garlic Bread



assalamualaikum & selamat petang.., apa  menu utk mkan petang ni..,saya cuma buat garlic bread yg simple je.., ikut bahan2 yg dah ada kat dapur je.. ^__^ . jom layan...


Bahan2 :
2 keping roti gardenia
2 sudu besar butter / majerin
1 ulas bawang putih -- dicincang halus
1 btg daun pasli -- dipotong halus2


Cara2 :
1) Campurkan butter dgn bawang putih yg telah dicincang dan daun pasli yg telah dipotong halus.,gaul hingga sebati.
2) Sapukan pada roti., kemudian bakar hingga garing ( saya bakar pada suhu 170oC selama 10 minit ) ok.., dah siap.... ^__^
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kue Teaw Ladna




Bahan2 :
1 peket kue teaw
2 sudu kicap manis
Sedikit isi ayam
2 ekor sotong - dipotong bulat
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 btg carot
1 btg putik jagung
1 btg sawi
1 sudu sos tiram
1 kiub pati ayam
1 sudu tepung jagung
Air secukupnya


Cara2 :
1) Panaskan minyak dalam kuali., goreng kue teaw bersama kicap manis.,kacau hingga sebati.., angkat dan ketepikan.
2) Panaskan minyak lagi..,tumis bawang putih hingga kekuningan., masukkan isi ayam, kacau2 sekejap kemudian masukkan sotong.
3) kemudian masukkan sos tiram., air dan kiub pati ayam., biar hingga mendidih., masukkan carot dan putik jagung., bila dah empuk masukkan sayur sawi., biarkan sekejap.., kemudian masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dgn sedikit air. kacau hingga sebati., biarkan mendidih sekejap kemudian bolehlah tutup api.
4) Curahkan kuah keatas kue teaw yg telah digoreng tadi.
Published with Blogger-droid v2.0.9