Rabu, 25 April 2012

Acar Berempah




Sumber Resepi : Majalah rasa

Bahan - bahan
1 biji timun - dibuang empulur dan dihiris halus
1 btg lobak merah - dihiris halus
1 cm halia - dihiris halus
4 biji bawang merah -2 daripadanya dihiris halus
4 ulas bawang putih -2 daripadanya dihiris halus
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu makan rempah kari - saya tambah
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan cuka
1 sudu makan udang kering - ditumbuk
garam dan gula secukup rasa


Cara - cara
1) Rendam sayur - sayuran yang telah dihiris tadi dengan air garam selama setengah jam., toskan.
2) Panaskan minyak masak didalam kuali., tumiskan biji sawi bersama bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
3) Masukkan rempah., serbuk ketumbar dan serbuk kunyit serta udang kering. Gaul rata sehingga pecah minyak.
4) Selepas itu masukkan sedikit air, cuka, garam dan gula secukup rasa.kacau rata.
5) Akhir sekali masukkan sayur - sayuran tadi dan bawang yg tidak dihiris. Gaul rata dan masak hingga pekat.
6) Angkat dan sedia dihidangkan.


Tepung Bungkus



Sumber Resepi: hanieliza

Bahan - bahan
1 cwn tepung beras
2 cwn santan  +  sedikit garam
Daun pisang

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sb gula
1 sb tepung gandum
4 sb air
1 helai daun pandan

Cara - cara
1) Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum., sehingga agak kering.
2) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering., sejukkan.
3) Jadikan inti bebola kecil. ketepikan dahulu.
4) Bancuh tepung beras bersama santan., masak hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5) Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan. lap dan bersihkan.
6) Ambil 3 sudu bancuhan tepung dan letakkan diatas daun pisang. letakkan dua biji inti.
7) Tutup daun pisang dan lipat kedua2 hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8) Sejukkan dan hidangkan.

** saya gandakan bahan2 ini., kalau ikut resepi asal dpt 5 bungkus je...


Khamis, 19 April 2012

Ikan Kembung Masak Pedas




Bahan - bahan
4 - 5 ekor ikan kembung - disiang, dibersihkan dan dilumur dgn garam dan serbuk kunyit.
2 biji bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris / diketuk
1 btg serai - dihiris halus
5 biji cili padi - dihiris halus ( terpulanglah nak letak bnyak mana., lagi pedas lagi kaw )
1 biji tomato - dihiris
3 sudu cili mesin
2 sudu kicap
2 sudu cili sos
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak utk menggoreng


Cara - cara
1) Ikan digoreng hingga garing dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dalam kuali., tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. kemudian masukkan cili mesin., biar hingga pecah minyak., kemudian masukkan kicap dan cili sos. kacau2 sebentar., kemudian masukkan cili padi., serai., garam dan sedikit air.
3) Apabila sudah mendidih., masukkan tomato ., biarkan sekejap hingga kuah agak pekat.,kemudian tutup api. Akhir sekali curahkan diatas ikan yg telah digoreng tadi.

Isnin, 16 April 2012

Kerabu Pucuk Paku Dgn Taugeh

 




Bahan - bahan

1 ikat pucuk paku - dicelur
1 mangkuk taugeh - dicelur
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah - ditumbuk
7 biji cili padi - ditumbuk
segenggam ikan bilis - ditumbuk
sedikit belacan
sedikit air limau nipis
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk kelapa parut - digoreng dan ditumbuk ( kerisik )


Cara - cara
1) Masak air didalam periuk hingga mendidih., kemudian celur pucuk paku yg telah dipotong. lebih kurang 3 - 5 minit je.kemudian angkat dan toskan. kemudian masukkan pula taugeh 1 -2 minit . angkat dan toskan  masukkan dalam bekas besar dan ketepikan.
2) Tumbuk cili merah ., cili padi., garam  dan belacan, kemudian masukkan sedikit gula. lepas tu masukkan ikan bilis., tumbuk lagi hingga sedikit hancur . kemudian masukkan kedalam bekas pucuk paku dan tauge tadi ., masukkan juga bawang yg telah dihiris dan juga kerisik.  kemudian gaulkan bahan2 tadi sehingga sebati semuanya. kemudian perahkan asam limau dan gaul lagi hingga sebati.

Ahad, 8 April 2012

Sotong Goreng Tepung



Sumber Resepi: jintanmanis

Bahan - bahan
7 - 8 ekor sotong
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras - boleh diganti dgn tepung jagung
2 sudu kecil serbuk kari
garam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil baking powder
sedikit air


Cara - cara
1) Mula2 potong sotong bentuk ring, rebus separuh masak, lebih kurang 5 - 8 minit. Step ini penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. Kemudian toskan dan gaul dgn lada sulah.
2) Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum., tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air., pastikan jgn terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
3) Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang., dan jgn terlalu lama kerana sotong tadi dah separuh masak.

Ahad, 1 April 2012

Daging Masak Lada Hitam









Sumber resepi : dayang jack

Bahan - bahan
500 gm daging ( direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2 )
4 ulas bawang putih ( ditumbuk / dicincang )
1 sb lada hitam -  ditumbuk kasar
1 sb sos tiram
1 sdt sos masam manis - saya tak bubuh sebab takde
1 sdt sos lada hitam - optional
1 sb kicap pekat
1 labu bawang besar - dimayang
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris ( saya tambah )
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn sedikit air
5 biji cili api - diketuk
sedikit daun bawang dan daun sup - dihiris
sedikit garam dan gula ( jika perlu ).

Cara - cara
1) Perapkan daging bersama 1/2 sudu besar kicap pekat dan 1/2 sudu besar lada hitam selama 10 minit.
2) Panaskan 2-3 sudu besar minyak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. keluarkan dan ketepikan. didalam kuali yg sama.,tumis bawang putih hingga perang.
3) Masukkan daging., lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. kacau sebati., masukkan pula sos tiram., sos masam manis., sos lada hitam, bawang besar, cili merah, cili hijau.,dan cili api. kacau lagi.
4) Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung., daun sup., daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. ( jika dah cukup masin dan manis., tak perlu bubuh garam dan gula ).
5) Hidangkan panas2.