Ahad, 25 Mac 2012

Gulai Ikan Aya / Tongkol




Sumber resepi: Kak rosaliza

Bahan - bahan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
4 keping asam keping
garam
sedikit air
Rebus ikan bersama bahan2 diatas

Bahan - bahan utk kuah
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
10 tangkai cili kering *
santan
garam
1 keping asam keping
sedikit gula melaka
perasa
cili hijau
1 peket kecil serbuk kari ikan  adabi
sedikit minyak utk menumis

Cara - cara
Blender bahan2 yg bertanda * hingga hancur, kemudian tumis sehingga wangi. Selepas itu masukkan rempah kari ikan., kacau2 seketika dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. Masukkan santan dan semua bahan2 kecuali cili hijau. Masak hingga  kuah mendidih dgn api yg sederhana. Apabila mendidih  masukkan ikan.,kacau dgn perlahan., takut ikan hancur. kemudian masukkan cili.,sesuaikan rasa.siap.


Sabtu, 24 Mac 2012

Paprik Daging




Bahan - bahan
250 gm daging - dipotong nipis dan direbus
1 inci halia - direbus bersama dgn daging
2 ulas bawang merah - ditumbuk sedikit
1 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos  tiram
1 sudu besar kicap
1/3 biji carrot - dipotong kecil
3 btg putik jagung - dihiris
2 helai daun limau purut - dicarik kasar
1 biji bawang besar - dihiris
sedikit bunga kobis - kali ni tak letak sebab takde stok
sedikit minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara - cara
1) Daging dihiris nipis.,dibersihkan dan direbus bersama dgn halia.rebus hingga empuk dan ketepikan.
2) Panaskan minyak dlm kuali., tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. kemudian masukkan cili kisar., biar hingga terbit minyak., lepas tu masukkan cili sos.,kicap, daun limau purut dan sos tiram., biarkan sebentar kemudian masukkan carrot.
3) bila carrot dah agak empuk., masukkan daging yg telah direbus tadi bersama dgn airnya sekali. kemudian masukkan putik jagung dan bunga kobis.masukkan garam secukup rasa. biarkan merenih sekejap sehingga sayur agak empuk. akhir  sekali masukkan bawang besar., kacau sebati., biarkan hingga bawang agak layu. sedia utk dihidang.

Selasa, 20 Mac 2012

Ayam Goreng Ala kfc



Sumber resepi: Dari Dapur Madiha

Bahan - bahan

Bahan utk perap ayam:
6 - 8 ketul ayam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu besar serbuk cili
sedikit garam
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa

Bahan utk tepung:
1 cwn tepung jagung
1 cwn tepung beras pulut  ( utk yg ni saya guna 1/2 cwn tepung jagung dan 1/2 cwn lagi tepung gandum sebab takde stok tepung beras pulut kat rumah)
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk halus
secubit baking powder
secubit serbuk perasa

Bahan tambahan:
1 biji telur
minyak secukupnya

Cara - cara
1) Perap ayam dgn bahan2 perapan selama 1 jam.
2) Campurkan semua bahan2 utk tepung didalam bekas, gaul sehingga rata.
3) Selepas satu jam., celup ayam yg telah diperap kedalam telur yg telah dikacau.
4) Salut ayam tersebut didalam campuran tepung tadi.
5) Goreng didalam minyak yang banyak sehingga garing.
6) toskan minyak dan sedia utk dihidang...... senangkan....

Cucur Labu



Sumber resepi: kakbesah

Bahan - bahan
1 1/2 cwn labu yg telah direbus dan dilenyek
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula pasir
1/3 cwn air susu @ susu cair @ santan @ air paip ( saya guna susu pekat manis dibancuh dgn sedikit air)
1/2 sudu teh garam
minyak utk goreng terendam

Cara - cara
1) dalam mangkuk., kacau gula bersama garam, susu dan labu hingga gula larut.
2) Campurkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
3) Panaskan minyak.,bulat2 kan adunan dgn jari dan terus goreng. guna api agak perlahan supaya dibahagian dalamnya masak. bila sudah masak bolehlah dihidangkan.

Isnin, 19 Mac 2012

Ayam Masak Merah




Bahan - bahan
6 -7 ketul ayam - dicuci bersih dan digaul dgn garam & kunyit
15 biji cili kering - dikisar
2 sudu besar cili sos
2 biji bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 btg serai - diketuk
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong kecil2
garam & gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara - cara
1) Panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam yg telah digaul dgn garam dan kunyit. goreng hingga separuh masak. ketepikan.
2) keluarkan sedikit minyak tadi., kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang., buah pelaga dan  serai sehingga wangi., kemudian masukkan cili dan bahan2 yg dikisar tadi.biar hingga terbit minyak.
3) Masukkan cili sos dan buah tomato yg telah dipotong tadi. masukkan sedikit air., garam dan gula secukup rasa.kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi. masak hingga kuahnya agak kering.

Selasa, 13 Mac 2012

Terung goreng belacan




Bahan - bahan
3 - 4 biji terung panjang - dibelah 2 dan dipotong serong
2 biji cili merah - ditumbuk
5 - 7 biji cili padi - ditumbuk
2 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit ikan bilis - ditumbuk
sedikit belacan
sedikit garam dan perasa
minyak

cara - cara

1) Tumbuk cili merah., cili padi,belacan,bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
2) Panaskan minyak dlm kuali., kemudian masukkan bahan2 tumbuk tadi.,goreng hingga naik bau., kemudian masukkan terung yg telah dipotong tadi.,masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.jika perlu masukkan sedikit air.masak hingga terung agak layu ( kalau nak cepat., tutup kuali dgn tudung periuk )  ok..,dah siap...

Sabtu, 10 Mac 2012

Kek Velvet Ombak Beralun










Sumber resepi: kak fida

Bahan - bahan
5 biji telur - A yg sejuk dari peti ais
1 cwn gula halus
2 cwn tepung gandum - diayak
1 sk baking powder
1 sb ovallette
1/2 sk garam
1 sk esen vanila
1/2 cwn + 1/8 cwn susu sejat = ( 150 gm )
10 sb mentega cair ( 100gm )
Pewarna hijau ,oren, kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko atau milo ( saya guna milo )

Cara - cara
1) Panaskan kukusan, loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
2) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
3) masukkan mentega cair dan kaup balikkan adunan hingga rata.
4) Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
5) Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang. Ayak serbuk koko/milo diatas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
6) Tindihkan lapisan berwarna kedua diatas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2. Ulang melapis dan menabur serbuk koko utk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
7) Tutup loyang kemas2 dgn aluminium foil yg telah disapu mentega.kukus selama 40 minit.
8) Apabila masak .,buka segera aluminium foil. ketika ini kek yg dilapis dah kelihatan berombak. biarkan kek 5  minit didalam loyang.
9) tangkupkan loyang dan sejukkankek diatas redai.
10) Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.




Jumaat, 9 Mac 2012

Kerutuk Ayam



Sumber resepi: resepi asal kerutuk daging oleh makyong @myresipi

Bahan - bahan
6 -7 ketul ayam
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cwn santan pekat
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar kerisik
2 sudu kicap pekat
garam

* bahan tumis*
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara - cara
1) Ayam dibasuh bersih dan ditoskan.
2) kisar 1/2 biji bawang besar,halia dan bawang putih. kemudian dicampurkan dgn rempah kerutuk.
3) panaskan minyak.
4) Tumis semua bahan tumis hingga wangi.
5) Kemudian masukkan campuran rempah tadi.masak hingga pecah minyak.
6) Masukkan ayam dan santan., masak sehingga ayam empuk dan kuahnya betul2 pekat.
7) Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. biarkan sehingga 5 - 10 minit sebelum padamkan api.
8) siap utk dihidang.

Rabu, 7 Mac 2012

Karipap Daging

Assalamualaikum..., slmt petang..mkan apa ptg ni, emm...saye mkan karipap je..tetibe je rasa nak mkan karipap buatan sendiri.. apa lagi pegi dapur godek2 la apa yg ada kat dapur tu. utk doh karipap ni saya ikut resepi dari hana. memang rangup betul  karipap ni.utk inti saya ikut resepi sendiri je...

Bahan -bahan
utk doh:
250 gm tepung gandum
2 sudu besar majerin - dipanaskan
2 sudu besar minyak masak - dipanaskan
sedikit garam dan air

bahan inti:
150 gm daging - dipotong dadu kecil
2 biji kentang - dipotong dadu
2 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
1 btg kulit kayu manis
2 sudu besar rempah kari daging
sedikit garam dan serbuk perasa
minyak utk menumis
sedikit air

Cara -cara
utk doh:
1) Campurkan tepung,majerin dan minyak masak yg telah dipanaskan ( utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). gaul rata guna sudu, sebab panas.bancuh garam dan air. masukkan air sedikit2. uli doh hingga boleh dicanai dan mudah utk mengelim.

Utk inti;
1) Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk dan kulit kayu manis.,hingga wangi.kemudian masukkan rempah kari daging.,kacau sebati., biar hingga terbit minyak.
2) kemudian masukkan daging., kacau rata, biarkan sekejap, kemudian masukkan kentang yg telah dipotong dadu.masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit air. masak hingga daging dan kentang empuk dan kuahnya kering.
3) Apabila inti dah sejuk., bolehlah mula mencanai dan mengelim., ( kalau nak senang guna acuan je., tapi slalunya kalau guna acuan., bila goreng intinya terkeluar ) kemudian goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.


yang ni belum goreng., bab mengelim ni belum lulus lagi., hmm.., tapi bolehlah utk mkan sendiri jew...
dah siap goreng bolehlah ngap...he..he..