Rabu, 29 Februari 2012

DAGING TUMBUK MASAK KICAP


Sumber resepi:sofinar@myresipi.com

Bahan - bahan
300 gm daging lembu - dihiris 1.5 cm tebal
2 ulas bawang putih - diketuk
6 - 7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
1/2 cwn kicap pekat manis
4 tangkai cili kering - digoreng dahulu
1 sudu teh jintan manis
2 cm belacan
asam jawa sebesar ibu jari - diperah airnya
minyak utk menumis, garam dan gula

Cara - cara
1)Daging direbus hingga empuk, kemudian ditumbuk dgn lesung batu., biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
2)Perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging. ikutla., jika air rebusan itu banyak sangat, tak perlu ambil semua. perap lebih kurang 30 minit.
3)Cili kering,belacan dan jintan manis ditumbuk bersama.
4)Panaskan minyak., tumis bawang putih., bila dah naik bau masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi. gaul sekejap..,masukkan daging yg diperap tadi. masuk daging dulu, gaul biar rata baru masukkan bahan dan air perapan tadi.
5) Masukkan air asam jawa., masak hingga agak pekat., masukkan gula dan garam secukup rasa.
6) Tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap.,bolehlah dihidangkan.


Rabu, 22 Februari 2012

TALAM CENDOL

Assalamualaikum...,slmt ptg...mkan apa hari ni..., sebenarnya saya buat talam cendol ni utk brkfst  pagi tadi. dah lama nak wat kuih talam ni...tapi asyik tertangguh je...saya skodeng resepi ni kat blog Kak yatie sebenarnya saya slalu skodeng blog kak yatie ni sebab banyak resepi2 menarik .kak yatie ni memang pakar dalam membuat kuih talam ni dan bermacam2 jenis masakan lagi. kalau melawat dapur kak yati ni berjam2 saya duduk kat sana sambil cuci2 mata.ok lah.., jom kita tengok resepinya.

Bahan -bahan
Lapisan bawah:
bahan A
200gm tepung beras *
250 ml santan pekat *
450 ml air *
1 sb tepung jagung *
150 gm gula castor
1 sk garam

bahan B
200 gm cendol @ 1 peket kecil - tapiskan, ambil cendolnya je..

Cara - cara
1) Satukan bahan bertanda * dan tapis kedlm periuk. masukkan bahan lain di bahagian A.
2) Masak bahan A sehingga naik wap. ( jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api., guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk utk ratakan adunan tersebut).
3) Angkat dan masukkan cendol. gaul rata.
4) Masukkan kedalam loyang 10x10x2 yg telah disapu dgn sedikit minyak dan dialas dgn plastik.
5) Kukus selama 25 minit.
6) Selepas masak, cakar2 dgn garpu.

Lapisan atas:
Bahan A
300 gm gula merah
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan

bahan B
150 gm tepung gandum
1 sb tepung jagung
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sk garam

Cara - cara
1) Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2) Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3) Masukkan bahan A kedlm B dan tapis dan masukkan kedlm periuk.
4) Masak sehingga naik wap ( jgn pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5) Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.











Selasa, 21 Februari 2012

CUCUR BILIS KEMBUNG




Sumber resepi: Sofinar

Bahan - bahan
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 cwn ikan bilis
1 labu bawang besar
2 pokok daun bawang
1 1/2 cwn air
taugeh - jika suka
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara - cara
 1) Blender telur, bilis, bawang dan air bersama sehingga hancur.
 2) Gaul tepung dgn yis sekejap, masukkan semua bahan dan gaul rata. Perapkan sekejap ., lebih kurang 30 minit.
3) Jemput2 dan goreng, cucur ni lembut dan bulat2. enak dicicah sos cili.

Jumaat, 17 Februari 2012

ROTI ARAB DGN SAMBAL IKAN BILIS



Sumber resepi: Majalah rasa

Bahan -bahan

Bahan doh:
500gm tepung gandum
200ml air
1/2 peket yis kering - saya guna mauripan
2 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula pasir
1 biji telur
50 ml minyak masak - dipanaskan
secubit garam

Bahan sambal ikan bilis:
500gm ikan bilis - dibuang perutnya dan dikisar ( saya kisar separuh je)
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
2cm halia - dikisar
1 sudu makan ketumbar - ditumbuk
300gm cili boh ( saya guna cili kering yg dikisar )
1 biji bawang besar - dihiris
2 sudu makan gula
garam dan serbuk perasa secukupnya
sedikit air

Cara -cara
1) Campurkan kesemua bahan doh kecuali minyak masak. gaul sebati.
2) Panaskan minyak didalam kuali., angkat dan biarkan sejuk sedikit. kemudian tuang kedalam adunan doh tadi.
3) Uli hingga menjadi adunan yg kental dan tidak melekat ditangan. perapkan doh selama 2 jam dan tutup rapat, ketepikan. setelah 2 jam.,ambil doh sebesar bola golf dan uli dgn lembut kemudian dileperkan dgn penggelek.
4) Panaskan minyak., dan goreng dgn minyak yg panas. Angkat sebaik ia menggelembung dan kekuningan.
5) untuk sambalnya., panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dan ketumbar yg ditumbuk sehingga naik baunya.
6) Kemudian masukkan cili boh dan biarkan sehingga naik minyaknya.
7) Masukkan ikan bilis dan bawang besar serta perasakan dgn garam, gula dan juga sedikit air.
8) Kacau rata dan biarkan mendidih.
9) Angkat dan hidangkan bersama roti arab.

p/s: saya buat separuh adunan je - dpt 7 keping roti.

Jumaat, 10 Februari 2012

APAM PELANGI

Assalamualaikum..., slmt petang...mkan apa ptg ni.., hari ni saya nak sharekan satu resepi yg ringkas. apam pelangi..,resepi dari myresipi.com. sebenarnya conpius gak sebab nama dia apam tapi rasanya mcm kek. he..he.., jom layan..

Sumber resepi: http://www.myresipi.com/top/detail/13839

Bahan -bahan
4 biji telor
2 tsp ovallette
1 tsp esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml santan
1 tsp baking powder
pewarna

Cara - cara
1) Pukul telor,gula dan ovallette hingga kembang.
2) Masukkan santan dan esen vanila, gaul sebati.
3) Masukkan tepung dan baking powder.
4) Bahagi kepada 2 - 3 warna ( ikut citarasa ).
5) Tuang kedalam loyang selapis demi selapis.
6) Kukus sehingga masak ( saya kukus selama 25 minit ).
P/S : saya buat separuh adunan je sebab guna loyang kecik)





Ahad, 5 Februari 2012

PULUT KUNING DGN RENDANG AYAM






Bahan -bahan
3 cwn beras pulut
1 cwn santan pekat
1 sudu kecil garam - dibancuh bersama santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 helai daun pandan

Cara -cara
1) Beras dibersihkan., kemudian direndam dlm air bersama serbuk kunyit selama 6 -7 jam.
2) Daun pandan dicarik - carikkan dan diletakkan dlm periuk kukus.
3) Basuh beras dan toskan.,kemudian masukkan dlm pengukus ., kukus selama 15 minit atau sehingga separuh masak.
4) Kemudian angkat dan masukkan kedalam bekas.,gaulkan bersama santan sehingga sebati.
5) Masukkan kedalam pengukus dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.

Rendang ayam

Bahan - bahan
7 -8 ketul ayam
1 biji kelapa - ambil santannya
2 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
garam dan ajinomoto secukup rasa
sedikit gula melaka / gula merah
minyak utk menumis

bahan2 kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
1 inci lengkuas
3 btg serai

Cara -cara
1) kisar bahan2 kisar bersama sedikit air.
2) Panaskan minyak dlm kuali., tumiskan bahan2 kisar., kacau dan biarkan sehingga terbit minyak.
3) Kemudian masukkan ayam dan santan.,renihkan sambil sesekali dikacau. agak2 kuah dah hampir kering masukkan kerisik., gula melaka.,garam dan aji. akhir sekali masukkan daun kunyit., masak sekejap kemudian boleh lah ditutup api.





Sabtu, 4 Februari 2012

DAGING MASAK HITAM




Bahan - bahan
1/2 kg daging
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar cuka
sedikit garam dan gula merah / gula melaka
sedikit ajinomoto


Bahan tumis
1 biji bawang besar - dihiris
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
sedikit minyak

Bahan perap
20 biji cili kering - dikisar
2 biji bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar / ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar *
1 sudu kecil jintan manis *
1 sudu kecil jintan putih *
bahan2 * digoreng tanpa minyak dan dikisar / ditumbuk
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap pekat masin

Cara - cara
1) Perap daging bersama bahan2 perap selama 30 minit.
2) Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
3) Kemudian masukkan daging yg diperap tadi. masukkan air secukupnya. masak hingga mendidih.
4) lepastu masukkan kerisik, garam, gula merah dan cuka. masak hingga daging empuk dan kuahnya agak kering...ok., dah siap.


Rabu, 1 Februari 2012

PUTERI AYU / APAM AYU

Assalamualaikum... slmt pagi..,hari ni saya nak kongsikan satu resepi kuih yg sedap dan simple. kuih puteri ayu ni wat sarapan pagi tadi. ada org panggil apam ayu. tak tahu lah pulak knape nama dia puteri ayu. mungkin sebab dia cantik mcm tuan puteri kot..., he..he.., semalam masa dok belek2  majalah lama2., terjumpa resepi ni..,pernah makan tapi slalu beli jer. tengok mcm senang jer nak buat., so saya pun try la buat. alhamdulillah jadi..., slalu saya kalau nak cuba resepi baru mesti berdebar2.., he..he.. , bukan apa... takut tak jadi. ( maklumlah saya ni bukanlah pandai masak.., tapi suka mencuba resepi2 yg belum pernah saya buat) tapi bila bukak jer penutup periuk kukus tu.., seronoknya tengok kuih tu cantik jer, patutla org panggil dia puteri ayu...he..he...

Bahan -bahan
2 cwn tepung gandum
2 biji telur
3/4 cwn gula
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh ovallette
1 sudu teh pandan emulco atau sedikit pewarna hijau
1 1/2 cwn santan - saya guna santan kotak KARA
sedikit kelapa parut - digaul dgn sedikit garam

Cara - cara
1) Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang.
2) Masukkan serbuk penaik, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan santan., putar lagi hingga sebati. kemudian letakkan pewarna hijau atau apa2 warna pilihan.
3) masukkan kelapa parut kedalam acuan.,tekan2 sedikit supaya padat.,kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
4) Kemudian masukkan kedalam periuk kukus yg telah dipanaskan terlebih dahulu., kukus selama 10 minit atau sehingga masak.







yang ni versi warna oren...letak perasa jagung...emm...yummy...