Selasa, 31 Januari 2012

AYAM GORENG BEREMPAH




 Bahan - bahan                                           
                                              

5 - 7 ketul ayam - dibersihkan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis - ditumbuk
1 inci halia - di tumbuk
1 biji bawang besar - di tumbuk
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara - cara

1) Gaulkan ayam bersama bahan2.,perap selama 30 minit.
2) kemudian goreng hingga garing., angkat dan toskan.

Isnin, 30 Januari 2012

NASI DAGING


Sumber resepi: myresipi.com
Bahan - bahan
1 kilo beras basmathi
1/2 kg daging
1 bungkus rempah sup bunjut adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
sedikit mentega / minyak sapi
1/2 cwn tomato sup
1 cwn susu cair
sedikit garam
air rebusan daging secukupnya

Cara - cara
1) Rebus daging bersama sup bunjut adabi, rempah kurma dan sedikit garam
2) Pastikan daging empuk., simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
3) Basuh beras dan toskan.
4) Tumis halia.,kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk nasi hingga naik bau.
5) Masukkan beras dan kacau sekejap.
6) Masukkan air rebusan daging.
7) Bila beras sudah agak kembang.,masukkan tomato sup dan susu cair.kacau dan biarkan nasi masak.
8) Hidangkan nasi daging dgn air asam. utk air asam: tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa,sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa., dan daging yang telah direbus tadi.

PUDING JAGUNG

Assalamualaikum...,slmt petang...dah minum ptg ke..? menu apa ye utk mkan ptg ni.. ptg ni saya wat puding jagung., slalunya kalau bulan puasa suka beli kuih ni. tapi ntah knape tiba2 je rasa nak mkan puding jagung ni. so..,saya pun mulakan projek memuding ni slepas mkan tghari tadi. resepi ni saya kopipes dari myresipi.com.

Bahan -bahan
1 cwn tepung kastad
1 cwn jagung manis
3/4 cwn gula
3 cwn  susu cair - saya gantikan
dgn santan kotak sebab takde stok
susu cair

Cara - cara
1) Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu / santan dan air.
2) lepas itu kacau sehingga pekat dan berkilat diatas api yg sederhana.
3) Angkat dan sejukkan didalam loyang atau acuan dan bolehlah dihias dgn buah ceri dan lain2.







Rabu, 25 Januari 2012

IKAN TONGKOL TUMIS PEDAS



Bahan - bahan
5 keping ikan tongkol putih / tuna - cuci dan toskan *
sedikit garam *
3/4 camca teh serbuk kunyit *
( * disatukan dan digaul rata )
3 camca besar cili kisar
1/3 cwn jus asam jawa
1 kiub ikan bilis maggi
garam dan gula secukup rasa
1 btg leek - kerat dan rendam
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 keping hirisan halia
2 keping hirisan lengkuas
2 helai daun limau purut
1 btg serai - dititik

Cara - cara
1) Ikan tadi digoreng hingga kuning keemasan. tapi jgn garing sangat. toskan. Panaskan minyak dlm kuali., tumis bawang putih, serai,halia,lengkuas dan leek hingga harum.Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing., tuang jus asam jawa.
2) Kemudian masukkan ikan, daun limau purut, kiub ikan bilis, garam dan gula secukup rasa. masak dgn api perlahan hingga pekat. rasa dan jika ok., matikan api. hidangkan segera bersama nasi hangat.

Sumber resepi: Che Mat Gebu ( Dapur tanpa sempadan)

emm...,mmang sedap dimakan bersama nasi panas2.., lagi pedas lagi kaw....

Ahad, 22 Januari 2012

GULAI NANGKA DGN UDANG



Bahan - bahan
500 gram nangka muda
5 cwn santan
2 btg serai - diketuk
1 keping asam gelugor
garam & aji secukup rasa
minyak utk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
5 biji cili merah
3 biji cili padi

Cara - cara
1) Nangka dipotong kecil2, direbus hingga empuk dan toskan.
2) Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak.masukkan serai dan kacau rata.
3) masukkan nangka dan gaulkan hingga sebati.
4) Masukkan santan dan masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor,garam dan aji.kemudian masukkan udang dan masak lagi 4 - 5 minit atau sehingga udang masak.


emm.., gulai nangka ni my peberet ni..  kalau beli kat psaraya slalunya dpt yg tak fresh. tapi kali ni alhamdulillah dpt nangka yg fresh.,sebab beli kat pasar tani (terbaik dari ladang) he..he..



Isnin, 16 Januari 2012

KURMA AYAM

Assalamualaikum...,slmt pagi...sarapan apa pagi ni..? nyamannya udara pagi ni, seawal jam 8.30 pagi mentari dah pun mula memancarkan sinarnya.alhamdulillah..,syukur pada Allah kerana memberi saya masih dpt melihat keindahan alam ini.hari ini bersiaran awal sikit.he..he..,bukan apa..sebab nak masukkan menu semalam, tapi semalam tak sempat nak masukkan, kira mcm rancangan tertunda lah ni...,hee...

Bahan -bahan
7 -8 ketul ayam - yg telah dipotong dan dibersihkan.
1 1/2 biji bawang besar - 1/2 biji utk menumis dan 1 biji lagi dibelah 4
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji kentang - dibelah 4
1/2 biji carrot - dipotong dah dibelah 4
2 biji cili merah - dibelah 2
2 biji cili hijau - dibelah 2
3 biji cili padi - dibelah 2
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah kari daging
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 cwn santan
sedikit minyak utk menumis
garam dan aji secukup rasa

Cara -cara
1) Panaskan minyak dalam kuali. tumis bawang putih, bawang besar dan halia. kemudian masukkan kulit kayu manis,buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
2) Selepas itu masukkan rempah kurma dan rempah kari daging yg telah dibancuh dgn sedikit air.biar hingga pecah minyak.
3) kemudian masukkan ayam.,gaul hingga sebati.
4) Masukkan santan, bila dah mendidih masukkan ubi kentang, bawang besar yg telah dipotong 4,carrot,cili merah,cili hijau, cili padi,garam dan aji. masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak kering.



APAM LABU



sumber resepi: dari myresipi.com

Bahan - bahan
1 cwn labu - yg telah direbus dan dilenyek
1 1/2 cwn air
3/4 cwn gula pasir
2 sudu makan yis mauripan
1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum

Cara -cara
1) blend labu ,air dan gula.
2)Dalam bekas lain, campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis.
3)Masukkan labu kedalam campuran tepung dan gaul sebati.
4)Peram adunan selama 1/2 jam atau lebih (saya peram selama1 jam)
5)kukus selama 30 minit atau sehingga masak ( kalau guna acuan kecik2 kukus 10 - 12 minit pun dah ok)

sedap apam labu ni.., buat pagi., sampai petang pun lembut jer...



Sabtu, 14 Januari 2012

LAKSAM

Assalamualaikum...slmt ptg.., dah mkan ke..? masak apa hari ni. hari ni saya nak cuba satu resepi baru ...laksam..dah lama teringin nak makan laksam ni. selalu  pegi  pasar malam kalau nmpak laksam., mesti saya terpikir mcm manalah  rasanya..,mesti sedap ni...tapi tak jadi beli sebab en. hubby tak suka makan. ingatkan susah benar nak membuatnya.tapi setelah saya tengok resepinya., rasa mcm senang je nak buat.resepi ni saya ambil dari myresipi.com. resepi dari yani.jom layann....

Bahan laksam:
3 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
4 cwn air suam

Bahan kuah:
Ikan ( direbus dan dibuang tulang) - saya guna ikan kembung
1 inci halia
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
5 cwn santan
5 keping asam keping
sedikit garam dan gula - saya tak letak gula.,saya gantikan dgn aji.

Bahan ulam:
timun, kacang panjang,taugeh, daun kesum

Bahan cili:
cili merah, belacan, garam, limau

Cara buat laksam:
1) gaulkan semua bahan.sapukan tudung periuk dgn sedikit minyak masak.untuk  mengelak dari melekat.ambil sedikit adunan dan letakkan diatas tudung periuk.,kukus sampai masak.
2) Bila dah masak.,keluarkan biarkan sekejap.,supaya laksam kelihatan licin dan cantik. sementara itu letakkan sedikit adunan keatas tudung periuk lain.,dan kukus sampai masak.ulang sampai habis.

Cara buat kuah:
1) Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. kemudian masukkan kedalam periuk bersama bahan2 lain.,masak hingga agak pekat.

untuk cili: cili merah ditumbuk dgn garam dan belacan dan perahkan limau. ok...dah siap.....


                       

emm...,first time buat & makan laksam.....

                        

Selasa, 10 Januari 2012

NASI LEMAK

Assalamualaikum...slmt pagi.., sarapan apa pagi ni...? hari ni saya wat nasi lemak utk sarapan pagi.entah kenapa tiba2 je teringin nak wat nasi lemak ni... slalu beli jer.


Bahan - bahan utk nasi:
2 cwn beras
3 cwn santan
1 helai daun pandan - disimpul
1 inci halia - dihiris
secubit garam

Bahan - bahan utk sambal:
20 biji cili kering - direndam dgn air panas dan dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 mangkuk kecil ikan bilis - dibersihkan ., separuh darinya ditumbuk
1/2 biji bawang besar - dihiris
sedikit air asam jawa
sedikit belacan - dikisar
sedikit garam, gula & ajinomoto
minyak utk menumis

Bahan sampingan lain : ikan bilis goreng, telur rebus & timun

Cara - cara
1) Campurkan semua bahan untuk nasi didalam periuk, dan masak seperti nasi biasa.

 utk sambal:
1) Cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan dikisar bersama.
2) Tumis bawang besar, masukkan cili kering yg telah dikisar tadi. kemudian masukkan ikan bilis yg ditumbuk tadi, masak hingga sedikit garing dan pecah minyak.
2) Masukkan air asam jawa dan separuh lagi ikan bilis yg telah dibersihkan tadi,masukkan sedikit air.
3) Masukkan garam, gula dan ajinomoto, masak sehingga kuahnya agak pekat.



Sabtu, 7 Januari 2012

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKE

       

       Resepi dari kak fida@myresipi.com

      Bahan-bahan
  
      5 biji telur - gred A yg sejuk (dari peti ais)
     225 gm gula halus (1 cwn rata + 1 sb rata)
     220 gm tepung gandum (2 cwn rata)
     1 sk rata baking powder
     1 sb ovallette
     150 ml susu cair
     100 ml minyak jagung /masak
     1/2 sk garam
     1 sk esen vanila
     pewarna merah, kuning, hijau dll ikut suka
     hawflake secukupnya.

     Cara - cara

    1) Ayak tepung dgn baking powder, kemudian campur kesemua bahan2 dlm mangkuk mixer 
      kecuali minyak, hawflake dan pewarna.
    2) pukul adunan hingga sebati dan gebu. masukkan minyak jagung /masak, dan gaul dgn
    senduk atau spatula hingga sebati.
   3) loyang dialas kertas dan sapu minyak, ratakan adunan pertama dan susun secukup
   hawflake dipermukaannya, dan kukus selama 5 - 7 minit dalam kukusan yg
   telah dipanaskan dulu.
  4) Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflake dan kukus. untuk lapisan yg 
   akhir, kukus selama 20 minit supaya kek masak seluruhnya.

  

Khamis, 5 Januari 2012

LAKSA UTARA

Bahan-bahan

1bungkus laksa kering - direndam selama 6 -7 jam & direbus.
1 kg ikan sadin / kembung
20 biji cili kering - direndam dgn air panas & dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
1 inci belacan - dikisar
7 keping asam gelugor
1 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan
garam & ajinomoto secukup rasa
bahan hiasan: bawang besar - dihiris, timun- dicincang halus, cili merah,cili padi- dihiris.nenas- dipotong kecil2.,daun salad- dihiris halus.

Cara - cara

1) Laksa direndam selama 6-7 jam, kemudian direbus.
2) Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam gelugor.rebus hingga kuahnya mendidih.kemudian asingkan isi dgn tulang,isinya diblender bersama sedikit air. tulang ditumbuk, kemudian digaul dgn air.,kemudian tapis dan ambil airnya.masukkan dalam periuk bersama dgn isi ikan yg diblend tadi,dan air rebusan ikan.
3) kemudian blend cili kering yg telah direndam tadi bersama sedikit air, belacan dan bawang merah.masukkan dalam periuk tadi.lpas tu masukkan asam gelugor,daun kesum, bunga kantan, garam dan aji.masak hingga mendidih.dah siap....



APAM POLKADOT

   Assalamualaikum....& selamat petang semua..,dah makan ke..? menu apa hari ni..? hari ni saya nak kongsikan menu pagi tadi.slalu saya asyik dok tengok ramai org  buat apam polkadot. saya pun teruja lah jugak nak cuba..,wlaupun agak ketnggalan he..he..,saya buat ikut resepi yg saya ambil dari sheely@myresipi.com.maka pagi tadi bermulalah projek mengapam. rumit jugak nak membuatnya.maklumlah pestaim nak blajar mengedot.tapi bila lihat hasilnya mmang puashati.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur - dari peti sejuk (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar @ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling- blueberry@ strawbery@ atau apa2 ikut citarasa

Cara-cara

1) Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
3) Masukkan adunan kedalam piping beg.
4) Picitkan adunan kedalam mangkuk kertas ,setengah sahaja.
5) Letakkan filing secukupnya - nak senang masukkan dalam plastik, kemudian picitkan.
6) picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
7) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan, kemudian kukus selama 10 - 15 minit @ sehingga masak.


emmm..., inilah hasilnya...sedap dimakan bila2 masa..


Ahad, 1 Januari 2012

KEK BATIK

       
          Assalamualaikum....,selamat menyambut tahun baru 2012. Apa khabar semua....harap tahun baru ini memberi kebhagiaan kpd kita semua. hari ni saya nak kongsikan resepi kek batik yg baru saya buat pagi tadi. resepi ni saya ambil dari myresepi.com. ini lah resepi pertama saya utk tahun baru ni...he..he.., sebenarnya resepi ni simple jer...senang je nak buatnya.

Bahan-bahan

1 bungkus biskut marie
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
1/2 buku butter
** milo dan koko tu terpulang pada citarasa, nak rasa coklat yg kuat.,guna 1 cwn koko +1/2 cwn milo. nak rasa yg agak mild..guna 1 cwn milo + 1/2 cwn koko.

Cara-cara membuatnya

1) Patah-patahkan biskut marie - saya patahkan kpd 4
2) Dalam periuk.,campurkan koko, milo, air dan gula. masak dgn api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut.
3) Masukkan butter, kacau sampai butter larut.
4) Kecilkan api., masukkan telur., kacau sampai agak2 pekat kemudian padamkan api.
5) Masukkan pula biskut yg telah dipatah-patahkan tadi., kacaukan sampai semua biskut dah diselaputi coklat.
6) Masukkan dalam loyang, tekan2 sikit bagi padat, simpan dalam peti sejuk, sebelum dipotong dan dihidang.